13 December 2011

Sekitar MaFEST 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Lama tak menulis, seperti biasa kerja di penghujung tahun. Namun, peristiwa dan catatan tetap tak lepas daripada lensa (termasuk lensa telefon bimbit) dan nukilan penulis. Kali ini, penganjuran MaFEST 2011 yang berlangsung baru-baru ini dipaparkan.

Sedikit informasi mengenai MaFEST, ia merujuk kepada MARA Festival Auto yang telah dianjurkan pada 24-28 November 2011 bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam. Program berbentuk karnival disamping aktiviti pertandingan dan aktiviti jualan turut diadakan. Gambar-gambar kenangan sepanjang program untuk tatapan semua :















































Tahniah kepada pihak penganjur di atas penganjuran program ini. Cuma, masalah kurangnya promosi besar-besaran dan penganjuran program yang bertembung dengan cuti umum membuatkan sebilangan pengunjung tidak dapat menghadiri program ini. Diharapkan program ini diteruskan dengan lebih besar pada tahun 2012.




13 August 2011

Majlis Jasamu Dikenang UiTM 2011

Assalam & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, Majlis Jasamu Dikenang UiTM 2011 telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 28.7.2011 yang lalu bertemakan Dari Kampung Pulang Ke Kampung. Sepintas lalu, majlis ini diadakan khusus menghargai jasa kakitangan yang akan bersara wajib dan akan/telah bersara pilihan disamping menghargai kakitangan khidmat setia bagi tempoh 25 dan 30 tahun. Tataplah sebahagian shot pra majlis dan sebahagian hari kejadian walaupun sibuk bertugas, namun sempat snap..

Sebahagian jawatankuasa pelaksana

Bahagian Perhubungan & Kebajikan Staf

Sempat memberikan pose istimewa buat peminat

Abg MC dengan geng hadiah..

Eh..Mane abg MC tadi?

Kelihatan Tuan Syed..

Nasi tambah sape nak?

Segak para peserta

Oh pocot..terkejut..

Mengambil buku..

Peace..no war..

Ha, saya dah snap gambar akak..

Senyummm...

Sempat buat peace tuu..

Rehearsal..

Steady kak..

Kalau MC kehilangan suare, aku sedia menyumbangkan air mineral..

Terima kasih semua, tanpa komitmen dan semangat sepasukan yang jitu tentu kurang lancar majlis yang dilaksanakan. MJD 2011, Dari Kampung Pulang Ke Kampung..