22 July 2011

Melihat INDONESIA: Kalimantan Selatan

Melihat INDONESIA: Kalimantan Selatan: "Kalimantan Selatan adalah salah satu provinsi di Indonesia yang terletak di pulau Kalimantan. Ibu kotanya adalah Banjarmasin. Provinsi..."

12 July 2011

UiTM Shah Alam Motoshow 2011

Assalamualaikum & Sejahtera,

Walaupun event ni dah berlangsung 3 April lepas, tapi baru sekarang nak cerita.. Haha, tak sempat nak cerita masa tu.. Serba ringkas tentang event ni, acara Motoshow dimasukkan sebagai sebahagian acara hari tu, sebenarnya lagi ramai & meriah masa 2 April, dengan pameran, Suzuki turun padang dll..








Yang bestnya aku pun turut serta bagi memeriahkan acara. Yang lagi best bila dapat numb 3 pertandingan Motoshow, walaupun modal penyertaan RM 10. Moga acara seumpama ini akan berterusan.. Kasi enjin moto wa mati baru wa senyap..Heheh.

Langkawi Permata Kedah

Assalamualaikum & Sejahtera semua..

Bunyi tajuk di atas macam cerita hal pelancongan, tapi memang pun.. Bagi menyemarakkan Cuti-Cuti Malaysia, aku rekemen kepada seluruh rakyat Malaysia, hangpa semua pi la kat Pulau Langkawi noo, pasai pa? Pasai banyak tempat menarik noo..

Tentu korang semua lagi arif tentang tempat-tempat menarik di sana, jadi aku cuma nak tunjukkan cerita bergambar pasai Langkawi.. Tataplah gambar kejadian yang dirakam lepas kursus tempohari..









Harap-harapnya, lepas ni pelancongan dalam negara akan lebih meriah.. Malaysia Truly Asia..Yess ^_^



09 July 2011

Seusai Shah Alam Bike Week 2011

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua. 

Ni hao ma? Wo hen hao, ni ne? Oh ya, kali ni brader akan menulis berkisar event Shah Alam Bike Week 2011 yang telah mengambil tempat pada 18-19 Jun 2011 di perkarangan Stadium Shah Alam, anjuran Majalah Kapcai. Memang happening laa brader tengok. Nak memuaskan hati semua, tataplah gambar-gambar hari kejadian.. heheh..



Barisan geng cub klasik


Group RD dan sewaktu dengannya..


Deretan Honda Rider yang memukau..


Yamaha RX-K.. Jentera terlaju di zaman tersebut


Yamaha RS 100


Pertandingan ini turut diadakan..


Dapat face to face dengan dua moto favourite..


Custom design full airbrush.. Perrghh..


Mane moto aku? Syhh.. kepada yang tau..


Sudut pandangan yang menarik..


Custom cub nippon mari..


Line-up dalam klasikal..


Antara line-up yang menyertai Moto Show mengikut kategori masing-masing..

Secara keseluruhan, event ni berjalan lancar walaupun dua kali hujan lalu pada sebelah tengah hari.. Hujan rahmat. Brader pun bersyukur, daripada dekat 20 buah 135LC yang masuk pertandingan Moto Show, breder dapat tempat ke-6. Alhamdulillah.. Trimas kepada kengkawan, Tn. Syed, Majalah Kapcai, Bike Perfect (pereka cover set) & Wee Biker Seksyen 7 (pomen rasmi). Jumpa lagi.

Sekitar Karnival Pendidikan Sabak Bernam 2011

Apa khabar semua, lama juga aku tidak menulis di blog. Pada 2 Julai 2011 lepas, aku pulang ke kampung. Yang menariknya, kengkawan kampung bagitau ada pesta buku kat Dewan Seri Bernam. Aku kata kepada mereka, "..ini sudah bagus, tentu ada tawaran menarik.."

Petang tu jugak, aku ke sana, kebetulan kawan sekampung, Ustaz Bustanul ingin membeli buku, jadi dia offer aku tumpang Saga die. Bosan kalau pegi sorang katanya.. Tau pun..hehe. Kain rentang menunjukkan program sebenar bertajuk Karnival Pendidikan Sabak Bernam 2011. Sebenarnya event ni dah bermula sejak 30 Jun 2011 dan bakal berakhir 3 Julai 2011. Kebetulan di Dataran Tonggak Sepuluh tak jauh dari dewan juga berlangsung Fiesta Sabak Bernam yang menganjurkan berbagai aktiviti.

Aku tengok orang ramai memang ramai petang tu, meliputi golongan ibu bapa, murid sekolah, guru-guru dan ramai lagi yang berpusu-pusu dengan tujuan yang satu; melihat dan membeli buku! Pameran buku-buku meliputi pelbagai genre seperti buku akademik (Penerbit Cerdik, Didik, Sasbadi, dll), buku umum (PTS Publication dll), buku agama, komik (MOY Publication, Upin & Ipin) dan sebagainya. Pendek kata memang meriah dan keseluruhan sudut dalam dewan digunakan sebaiknya.

Aku membeli buku latihan SPM untuk adik yang peksa tahun ni dengan buku rujukan UPSR dan latihan UPSR buat adik yang akan peksa tahun depan, bagi dia semangat sket..hehe.. Ustaz Bustanul turut membeli buku pada kunjungan kami. Aku kira, pengunjung lain turut berpuas hati, masakan tidak, Cerdik Publication menawarkan diskaun sehingga 40% pada karnival ini, buku baru (2010 & 2011) pulak tu. Kata promoter bila aku tanya, beliau mengatakan harga jualan hari ini khas untuk karnival ini sahaja sebab untuk membantu pelajar-pelajar dan keluarga di daerah Sabak Bernam yang majoriti daripada golongan petani (termasuk aku). Kira CSR la ni.

Aku mengucapkan syabas kepada penganjur diatas penganjuran karnival ini. Sebagai ank daerah Sabak Bernam, diharapkan lebih banyak program seumpama ini dianjurka pada masa hadapan. Maaf kerana tidak dapat menyertakan gambar pada entry ini.