02 January 2012

Sesekali Ke I-City

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua.

Tentu ada kawan-kawan yang pelik sikit dengan tajuk yang brader letak kali ni, waima ada yang mungkin beranggapan brader ni tak pernah pergi ke I-City ke? Bukan ape, brader pegi dulu masa masuk free, tak perlu bayar. Sekarang dengarnya kena bayar. Tapi baru-baru ni brader pergi tak kena bayar tau. Kenapa macam tu? Kebetulan, brader pergi masa ada Karnival Sayangi Selangor, jadi yuran waive la.. Heheh..

















Brader pergi dengan member brader, pas Isyak kami pergi, naik motor je, sebab sesak.. Kepada yang belum pernah pegi, bawak la family datang, banyak benda-benda baru termasuk salji berbanding masa brader pergi mula-mula dulu. Selamat melancong.

Seusai Meru Motorshow Sempena Sambutan Tahun Baru 2012

Assalamualaikum & selamat tahun baru 2012 semua!!


Sempena tahun baru yang baru menginjak ke hari kedua pada hari ni, brader Apiey nak buat sikit sorotan berkenaan satu event yang diberi nama Meru Motorshow Sempana Sambutan Tahun Baru 2012. Acara ni mengambil tempat di Terminal B Klang Sentral, ala tapak Hot Nite Bazar tu. Acara ni dikepalai oleh geng-geng retro dan klasik, kapcai moden macam brader cuma datang bagi sokongan moral buat diorang.


Tarikh dan waktu kejadian adalah pada 31 Disember 2011, 2.00-5.00pm. Sila la tatap foto yang brader sempat snap sempena kejadian tersebut.. huhu..


























Pertandingan motorshow yang memberikan hadiah turut diadakan. Pendek kata memang meriah la petang tu. Pada sebelah malam pulak brader difahamkan oleh urusetia motor-motor ni akan konvoi ke Melaka sempena sambutan tahun baru 2012. Adalah diharapkan event seumpama ini diteruskan lagi dengan jayanya di masa-masa akan datang. Tahniah buat urusetia.