31 May 2012

BALADA PYANHABIB - Sebuah Ulasan Buku


Judul                 : BALADA PYANHABIB
Nama Penulis : Pyanhabib
Penerbit            : Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Harga                 : RM 25.00

Bila mula membaca buku ini, pembaca seakan-akan turut diajak oleh saudara Pyanhabib untuk sama-sama membaca dan mentafsirkan kata-kata puitis yang dinukilkan di dalam buku ini. Pada suatu ketika, pembaca akan teruja dan turut berasa ingin menuturkan bait-bait puisi indah yang dicoret kemas oleh beliau. 

Dengan konsep dan rekabentuk menarik dan abstrak hasil kreativiti Sinaganaga, setiap helaian buku terkandung sebuah puisi dan sebuah gambar. Usai membaca puisi, pembaca akan turut menatap gambar-gambar menarik yang disusun rapi umpama mengikut sebuah kronologi. Gambar-gambar lama yang memaparkan saudara Pyanhabib dan orang perseorangan mahupun peristiwa melibatkan beliau dilihat seperti sebuah puisi yang tidak ternukil tetapi terpotret untuk ditafsir maksudnya. 

Puisi yang diutarakan sedang, senang dan mudah untuk dibaca. Tidak terlalu panjang, bahkan ada yang pendek sahaja puisinya tetapi penuh makna. Karya yang kebanyakannya berhubung tentang masyarakat, kemasyarakatan dan orang perseorangan waima peristiwa dititip dengan penuh seni - gaya Pyanhabib. 

Jika ada tagline atau slogan bagi buku ini, inilah yang akan saya berikan : 
Buku ini wajar dimiliki kerana... bersama Pyanhabib menongkah arus kemasyarakatan, kisah benar dan jujur menjadi paparan, gambar dikongsi berkongsi tafsiran, kritik dikongsi berkongsi kritikan.

17 May 2012

Program Dengue Awareness Day 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Pada 12 Mei 2012 yang lalu, satu program kesedaran dan kesihatan berhubung pencegahan demam denggi telah diadakan. Bertempat di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam, banyak aktiviti diadakan seperti gotong-royong, ceramah yang disampaikan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan PDRM. Aktiviti ini juga memperlihatkan keprihatinan pelajar UiTM kepada masyarakat. Brader pun dengan semangatnya turut serta walaupun tidak sepenuhnya kerana pada hari yang sama ada program komuniti. 

 Paparan menarik pada T-Shirt program

 Sokongan padu pelajar NR pada hari tersebut

 Barangan yang dikumpulkan pada aktiviti gotong-royong

 Urusetia yang setia

 Menjamu selera selepas kepenatan.. 

Poster program

Diharapkan aktiviti seumpama ini diteruskan lagi pada masa-masa mendatang. Selain berinteraksi dengan masyarakat, pembinaan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi, menghargai masyarakat turut dapat dipupuk dari kalangan siswa siswi. 

Sorotan KL International Bookfair 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Kuala Lumpur International Bookfair 2012 telah melabuhkan tirai, namun kemeriahan masih dirasai. Brader sempat ke sana tahun ni melihat penganjuran secara besar-besaran. Bertempat di PWTC, suasana penuh sesak dengan pengunjung tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan buku-buku yang dihajati. 

 Brader bergambar kenangan bersama saudara Pyanhabib

 Suasana penuh sesak

 Peraduan anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

 Aktiviti berkaitan buku dan membaca turut diadakan

 Sesak lagi

 Booth MOY turut diserbu

 Brader turut rembat koleksi Love Story karya kartunis PJoe

 Steady..

 Buku-buku ilmiah dengan harga istimewa

 Pameran robot..

 Promosi WRO yang bakal berlangsung November ini

Sesi 'Sofa Putih' di booth ITBM bersama penulis jemputan

Sebagai kesimpulan, brader melihat penganjuran KLBF 2012 sangat cemerlang penganjurannya dan diharapkan pesta buku terus dianjurkan di setiap negeri bagi mengubat kerinduan pengunjung yang tidak dapat hadir ke PWTC. Industri dan minat terhadap buku rakyat Malaysia belum pudar cuma perlu digilap. Terima kasih.  

01 May 2012

Teringin Proton Preve?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Bila pihak Proton paparkan model terbaru mereka, Proton Preve, banyak respon yang baik diterima. Ramai memuji akan model ini yang diilhamkan daripada salah satu model konsep Proton yang dipamerkan dahulu. Namun, ada juga yang sangsi dengan model ini. 

Kepada yang ingin berkenalan dengan lebih dekat dengan Preve ni, sila ke bilik pameran yang terdekat dan pandu uji atau dapatkan info yang secukupnya sebelum keputusan dibuat terhadap model ini. Mari brader kongsikan gambar Preve semasa pameran di Tesco baru-baru ini : 







Pada hemat brader, rekabentuk Preve ni menarik, cuma ruangan but belakang tu walaupun luas, tapi nampak macam bentuk but model Saga. Apapun setiap kita punyai citarasa dan pandangan masing-masing.