23 July 2012

Sorotan Hari Ke-2 Ramadhan Di Shah Alam Tahun 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Salam Ramadhan buat seluruh kaum muslimin, terutama family brader dan follower blog brader. Tahun ni brader tak dapat menyambut awal puasa di kampung kerana bertugas menjadi pengiring kepada 2 orang pensyarah pelawat. Apapun, usai 2 hari Ramadhan banyak perkara yang boleh dikongsikan.

Pertama, pada petang 21 Julai 2012 (hari pertama Ramadhan), bertempat di Masjid Negeri, telah disempurnakan majlis pelancaran penyerahan bubur lambuk dan kurma bagi tahun ini. Brader difahamkan bahawa penyerahan bubur lambuk Masjid Negeri akan berlangsung hingga Ramadhan ke-27, pengagihan bermula selepas solat Asar. 

Kedua, bazar Ramadhan terutama di area Seksyen 7 agak lengang. Mungkin awal-awal puasa ni orang lagi gemar berbuka dengan keluarga. Apapun, yang pasti pelajar-pelajar UiTM Shah Alam tengah cuti sekarang sampai lepas raya jadi memang populasi student boleh dikatakan tiada pada waktu sekarang. 

Pemandangan Masjid Negeri daripada perkarangan

 Barisan di hadapan brader untuk mendapatkan bubur lambuk

 Kelazatan bubur lambuk Masjid Negeri menggamit pengunjung 

 Kaum muslimah turut tidak mahu ketinggalan

 Ha, ni barisan di belakang brader, sampai ke pintu keluar depa beratur

 Ye, dekat sikit lagi

 Alhamdulillah, lagi 3 orang sampailah giliran brader

 Inilah rupa bubur lambuk Masjid Negeri

 Ni bubur lambuk Surau Mustaqimah (kariah brader), setiap Sabtu di bulan Ramadhan

Peniaga lagi ramai daripada pengunjung di bazar Ramadhan tapak pasar malam Seksyen 7

Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh keinsafan. Kurangkan membazir, lebihkan sedekah. Semoga amal baik di bulan penuh barakah ini akan di bawa ke bulan-bulan mendatang. Salam mesra.

15 July 2012

Sorotan Shell Eco-Marathon Asia 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Ha, bila tengok tajuk kat atas, tentu ramai tertanya-tanya tentang acara ni. Sebenarnya, Malaysia telah terpilih sebagai tuan rumah bagi acara ini di peringkat Asia bermula 4-7 Julai 2012 yang lalu. Brader pun tumpang gembira sebab brader menguruskan rombongan penyokong ke SIC. Dapat la merasa tengok acara tu. Ini suasana pada hari ke-3.

 Cuaca mendung tidak menghalang peserta melakukan ujian

 Daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM

 Suasana hari ke-3

 Michelin turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan tayar kepada peserta

 Ruang pameran Michelin

 Kaunter pendaftaran

 Sesi penerangan daripada petugas

 Pit walk turut diadakan

 Team daripada Kalimantan, Indonesia, ayuhak kulaan.. Heheh

 Wakil UiTM daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

 Suasana di tapak perlumbaan

 Dari Universitas Indonesia

 Tengah setting

 Permainan interaktif melalui IPad, hadiah eskem Magnum. Steady Abg. Ali.. Hehe

 Miss Francisca, petugas pit walk kami sedang beraksi

Tayar motor kapcai menghasilkan kereta mini yang lawa.. hehe.

Pencapaian wakil-wakil dari Malaysia sangat membanggakan, 5 Universiti ada memenangi tempat dalam acara masing-masing: 

Overview of Shell Eco-marathon Asia 2012 winners:
Prototype vehicle:
Hydrogen  Prize:
1st – NP Distanza-Proto of Ngee Ann Polytechnic (SIN) achieved 112km/kWh
2nd – UMech of University Malaya achieved 89.1km/kWh


UrbanConcpet Vehicle:
Hydrogen Prize:
1st – SOLOMON Fuel Cell Vehicle Team of National Kaohsiung University of Applied Sciences (Chinese Taipei) achieved 63km/kWh
2nd – UiTM Eco-Planet of Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam achieved 42.3km/kWh
Solar Prize:
UKM1 of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)*
Diesel Prize:SAE-UMP Chapter of University Malaysia Pahang (UMP) achieved 50.8km/kWh
Sumber :http://www.zerotohundred.com/2012/auto-news/shell-eco-marathon-asia-2012-malaysians-students-do-us-proud/

08 July 2012

Burger Bakar Kini Di Shah Alam. Biar Betul?!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Mengapa sanggup berjalan lebih demi mendapatkan burger bakar yang enak? Dengan tol dan kos petrol yang meningkat, lebih baik dapatkan produk yang serupa di lokasi berdekatan. Berita baik kepada peminat burger bakar, kini dah ada burger bakar di Shah Alam. Lebih tepat lagi, di seksyen 7. 

Berdasarkan pemerhatian brader, ada dua gerai yang menjual burger bakar ni. Yang pertama terletak berhadapan Pasaraya Giant Seksyen 7 (dulu Pasaraya Bintang) di Pusat Komersial Seksyen 7. Yang lagi satu terletak di tapak pasar malam Seksyen 7, nama gerai dia Ori Burger Bakar . Gerai KL Burger Bakar yang brader view dulu dah pindah pulak dah.

 Yang kat depan Giant ni nama gerai dia Burger Bakar Power 

 Pekerja yang tak menang tangan menguruskan pesanan

Yang ni burger bakar ayam, harga bermula RM7.50. Patti adalah buatan sendiri 

 Ori Burger Bakar di tapak pasar malam Seksyen 7 Shah Alam

 Kebersihan gerai tetap diutamakan

 Bagi yang mencari burger bakar harga patut, silakan ke sini. Harga bermula RM 5.00

Oh ya, kenapa mesti burger bakar? Ia menjadi fenomena dan trend masakini disebabkan daging patti dia yang dibuat sendiri dan memang besar dan tebal. Berbanding daging burger yang biasa buatan Ramli, Bulan Purnama atau Fussypeam, burger bakar ni memang 100% daging, tidak bercampur lemak. 

Selain itu, mengapa daging burger bakar ni jadi kecik lepas siap dibakar? Jawapan daripada penjual di kedua-dua gerai ini ialah daging lembu mengandungi air dan apabila dibakar, air tadi mengering menyebabkan saiz patti yang besar tadi akan mengecut sedikit.

Oleh kerana dua-dua gerai ni mula bukak pada sebelah petang hingga malam, brader sarankan korang datang pada waktu yang telah dinyatakan. Selamat mencuba.  

01 July 2012

Sorotan Pesta Floria Putrajaya 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Ha, entri ni baru keluar oven. Panas, panas lageyy.. Hehe. Berkenaan Pesta Floria Putrajaya 2012 yang sedang berlangsung. Brader saja turun disebabkan lama tak turun Floria, yang tahun lepas pun brader tak sempat turun. Buat yang belum berkesempatan berkunjung, sila la turun sebab pesta ni sampai 8hb Julai ni. 

 Sebahagian kawasan tapak jualan

 Seperti tema yang dicanang, 'bunga kertas tetap menawan'

 Kebanyakan produk dijual dengan harga istimewa

 Pelbagai spesis kaktus turut dijual

 Kaktus mini bagi yang mempunyai ruang yang terhad

 Kaktus turut menjadi perhatian kaum wanita

 Bunga kertas berwarna oren

 Ni bukan gula-gula dik, ni kaktus, tajam tuuu..

 Pelbagai varieti orkid turut mencuri perhatian

 Orkid lagi

 Ni baka unik, siram akar dia je..

 Baja untuk budak malas belajar ada tak tokeh? Hehee..

 Produk taman turut dijual kepada pengunjung

 Ni klasik, bunga kertas warna putih

 Bunga kertas ni senang dijaga dan tahan lasak

 Pokok-pokok lain yang turut dijual

 Bunga berwarna ungu pudar dengan corak daun dua warna

 Rekaan taman dan laman turut dipaparkan

 Bunga berwarna oren dengan daun dua warna

 Arca berbentuk bunga tersergam indah

 Bunga matahari 

 Yang ni rama-rama, cukup teliti dan berseni

 Pose sket bro..

 Lebah gergasi yang tidak menyengat

 Mentadak mentadu, macam mane aku tido? Heheh..

 Bila kraf dan laman bergabung, inilah hasilnya

 Bunga digabungkan dengan ornamen gergasi untuk laman

 Menyerlah warnanya.. 

 Pintu gerbang di salah satu pintu masuk

 Seni hias daripada Afrika Selatan

 Replika design 

 Konsep rumah kediaman yang dipaparkan

 Yang ni jugak

 'Wall decor' menggunakan bunga-bungaan

 Yang ni jugak

 Ruang pameran dalaman

 Pihak luar negara turut diundang 

 Salah satu konsep yang dipamerkan

 Yang ni pun

 Dari Myanmar

 Bunga dan lampu bergabung

 Bunga lagi

 Dari Australia

 Ingat lagi tak brader ni yang berbakat melukis dengan mulut

 Demo batik bertemakan bunga-bungaan

 Petunjuk arah memudahkan pengunjung

 Salah satu acara yang berlangsung di sini

 UiTM turut menyertai pertandingan hias laman

 Ni dari Universiti Lim Kok Wing

 Wakil UiTM mempersembahkan rekaan

 Salah satu IPTA yang menyertai pertandingan

 Konsep hiasan dalaman menggunakan cermin diaplikasikan sebagai hiasan laman

 Pemandangan indah

 Ayam dan itik sebenar membangkitkan suasana desa

 Tourism Malaysia dengan tema homestay

 Pondok ringkas tapi menarik

 Konsep desa yang menggamit kehadiran pengunjung

 Lets ride!

 Tumbuhan herba turut dipamerkan

 Bongsaivilla

 Bongsaivilla lagi..

 Otai Balai Seni Lukis Negara turun padang

Poster acara

 Bongsai bunga kertas

 Satu lagi..

 Keunikan bunga kertas

 Cantik kan?

 Cantiknya..

 Borang penyertaan Pertandingan Lukisan Cat Air

 Pentas Laman Seni

Lepas 9 tahun gantung berus, brader gunakan teknik catan tebal untuk 'Bongsaivilla'

Oleh kerana Floria ni baru bermula 30hb Jun 2012, jemputlah beramai-ramai memeriahkan acara. Banyak acara yang berlangsung. Jumpa lagi.