23 July 2012

Sorotan Hari Ke-2 Ramadhan Di Shah Alam Tahun 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Salam Ramadhan buat seluruh kaum muslimin, terutama family brader dan follower blog brader. Tahun ni brader tak dapat menyambut awal puasa di kampung kerana bertugas menjadi pengiring kepada 2 orang pensyarah pelawat. Apapun, usai 2 hari Ramadhan banyak perkara yang boleh dikongsikan.

Pertama, pada petang 21 Julai 2012 (hari pertama Ramadhan), bertempat di Masjid Negeri, telah disempurnakan majlis pelancaran penyerahan bubur lambuk dan kurma bagi tahun ini. Brader difahamkan bahawa penyerahan bubur lambuk Masjid Negeri akan berlangsung hingga Ramadhan ke-27, pengagihan bermula selepas solat Asar. 

Kedua, bazar Ramadhan terutama di area Seksyen 7 agak lengang. Mungkin awal-awal puasa ni orang lagi gemar berbuka dengan keluarga. Apapun, yang pasti pelajar-pelajar UiTM Shah Alam tengah cuti sekarang sampai lepas raya jadi memang populasi student boleh dikatakan tiada pada waktu sekarang. 

Pemandangan Masjid Negeri daripada perkarangan

 Barisan di hadapan brader untuk mendapatkan bubur lambuk

 Kelazatan bubur lambuk Masjid Negeri menggamit pengunjung 

 Kaum muslimah turut tidak mahu ketinggalan

 Ha, ni barisan di belakang brader, sampai ke pintu keluar depa beratur

 Ye, dekat sikit lagi

 Alhamdulillah, lagi 3 orang sampailah giliran brader

 Inilah rupa bubur lambuk Masjid Negeri

 Ni bubur lambuk Surau Mustaqimah (kariah brader), setiap Sabtu di bulan Ramadhan

Peniaga lagi ramai daripada pengunjung di bazar Ramadhan tapak pasar malam Seksyen 7

Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh keinsafan. Kurangkan membazir, lebihkan sedekah. Semoga amal baik di bulan penuh barakah ini akan di bawa ke bulan-bulan mendatang. Salam mesra.

2 comments:

  1. jenuh beratur...mesti sedap ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm kg. Baru punya, ada rasa tersendiri.

      Delete