29 October 2012

Bila Mi Rebus Restoran Dawood Menggamit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat Hari Raya Haji, tiba-tiba brader teringin nak makan mi rebus. Oh ya, restoran seperti tajuk entri kali ni terletak kat Sungai Besar, dalam daerah Sabak Bernam, Selangor. Kalau di Teluk Intan, Perak terkenal dengan mi rebus Mastan Ghani, mi rebus yang paling sedap kat daerah Sabak Bernam pulak terletak di Restoran Dawood dan AMK Yaacob. Jumaat malam hari raya korban, brader ngan member ustaz pergi cari mi goreng ngan mi rebus. 

 Tu diaa.. Mi rebus geng

 Malam hari raya, penuh restoran dia

Pemandangan daripada luar restoran

Kepada pembaca semua, restoran ni dah kira restoran rasmi kepada ayah brader, sebab beliau peminat mi goreng ngan mi rebus kat sini. Time brader kecik-kecik selalu beliau bawa brader. Hehehe.

Nasi Ayam Sedap, harga patut Di Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang suka nasi ayam? Mari, brader tunjukkan kedai nasi ayam yang tengah naik dan dapat perhatian, khususnya student kat area Seksyen 7, Shah Alam. Nama kedai dia Restoran Nasi Ayam Kukus Seri Yasmin.

Pemandangan daripada luar restoran

Terletak di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, restoran ini pantas menjadi pilihan. Untuk pengetahuan, harga promosi pembukaan iaitu RM4.90 untuk set nasi ayam + sirap masih berlaku hingga ke hari ini. Brader pun pernah ke sini untuk menikmati sendiri nasi ayam tersebut.

 Walaupun harga murah, kuantiti dan kualiti tetap terpelihara

Apa kelebihan nasi ayam kat restoran ni? Haaa, nasi dia lembut sebab dikukus. Begitu juga ayam yang digunakan, tidak keras. Selain itu, kicap dan sos yang istimewa ala-ala hainan menambahkan lagi kesedapan hidangan.

 Nasi dan ayam yang lembut disulam dengan kicap, sos dan sup istimewa

Syor brader, korang bawalah famili atau kengkawan korang datang sini, memang puas hati. Murah pula tu.

Seusai Pertandingan Memancing GP Selangor Ban Canal 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ahahahaa.. Brader terasa lapang nak menulis nih, maaf lama tak update, agak sibuk wooo. Oh ya, entri kali ni kita flashback ke bulan September, September.. Hehee. Berkenaan Pertandingan Memancing GP Selangor pada 23 September 2012 yang lepas, bertempat di terusan Ban Canal Sungai Sireh Tg Karang. Silakan menatap snapan brader :

Poster pertandingan di beberapa lokasi

 Pemandangan indah sawah padi menggamit pandangan

 Air parit penuh, orang kampung beritahu brader, semalam hujan lebat

 Banner pertandingan

 Cuaca panas lembab hari tu

 Tetap sabar menanti umpan disambar

 Khusyuk wooo

 Setakat jam 11.00 pagi, ada 2 ekor ikan calon juara

 Pemancing dari Perak kat tepi brader kata ni ikan tilan

 Jiwa tegar pemancing

 Papan reput dijadikan alas

 Gerai jualan turut dibuka

 Jualan alatan memancing pada harga offer turut berlangsung

Cendol Batu 9 turut terlibat berniaga

Tahniah kepada para pemenang. Kali ni brader hanya jadi penonton sebab joran brader dipinjam adik brader. Kepada yang terlepas untuk participate, jangan bimbang, masih ada lagi GP Selangor pada 18 November 2012 di Pantai Morib, 2 Disember 2012 di Tasik Milenium Kuala Kubu Baru dan 16 Disember 2012 (Grand Slam) di Taman Tasik Shah Alam.