31 January 2013

Paparan Teater Muzikal Tan Sri Arshad Ayub Hari Ke-2

Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ahahaa, teater pertama yang brader tonton pada tahun 2013. Kebetulan brader dan staf dibekalkan tiket, jadi 26 Januari 2013 iaitu hari kedua teater, brader pun pergi menonton teater tersebut. Membawa cerita berkenaan Tan Sri Arshad Ayub yang memang sinonim dengan UiTM, paduan lakonan pelajar Fakulti Filem,  Teater dan Animasi serta alunan muzik daripada Fakulti Muzik menjadikan teater tersebut sangat berbaloi ditonton.

 Penampilan istimewa Dato' Sri Naib Canselor di awal teater

 Puisi indah dialunkan 

 Tiket pementasan

 Babak serangan Jepun turut dipaparkan

 Lagu yang menarik turut dinyanyikan

 Pameran di luar DATC

 Wajah-wajah Tan Sri Arshad Ayub

 Barisan pelakon

 Salah satu babak menarik

 Promosi daripada Fakulti Filem Teater dan Animasi

 Babak yang menarik, mantan pengarah dan Naib Canselor berkongsi pentas

Secara keseluruhan, brader dan para tetamu yang hadir sangat berpuas hati dengan persembahan. Menuju ke Istana Budaya? Mengapa tidak, dengan persembahan yang memukau, sewajarnya teater ini diangkat ke Istana Budaya.

30 January 2013

Sorotan Karnival Mahabbah Masjid Riadhussolihin Seksyen 17 Shah Alam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sempena Sambutan Maulidur Rasul, brader sempat berkunjung ke karnival yang dianjurkan pihak Masjid Riadhussolihin, Seksyen 17 Shah Alam. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang karnival berlangsung. 

 Sesi pendaftaran peserta catur

 Peserta mula berkumpul

 Gelanggang pertandingan

 CM Fadli tengah scene setting

 Brader tewas ngan brader ni, memang terer

 Gaya, mutu, keunggulan..

 Aktiviti keusahawanan turut berlangsung

 Bergambar lagi..

 Brader tewas lagi, kali ni ngan brader bertopi..

 Perodua turut promote

 Pengunjung solat berjemaah di ruang atas stadium JKR

 Sambil menunggu pusingan bermula

 Pertandingan game PES 2013 menggunakan konsul PS

 Pertandingan futsal turut berlangsung

 Demo tulisan khat 

 Pusingan ke-6, brader terjerumus ke lane hujung

 Persembahan qasidah dan lagu selawat daripada jemputan

 Peserta tekun bertarung, setiap pemain diperuntukan 20 minit

Papan catur, pihak Cerdik Catur diamanahkan menguruskan pertandingan

Tahniah brader ucapkan kepada para pemenang. Dengan 3 kemenangan daripada 8 game, yang lain kalah menunjukkan sentuhan brader agak pudar akibat 4 tahun tak bermain  catur. Semua yang datang main hari tu memang terer dan ada pengalaman. Oh ya, keputusan penuh pertandingan di http://stonemaster.info/2013/01/26/keputusan-penuh-pertandingan-catur-amatur-sempena-karnival-mahabbah-masjid-seksyen-17-shah-alam/

26 January 2013

Keenakan Kelapa Bakar Di Tanjung Karang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Entri ni pun sama tarikh dengan brader balik kampung dan singgah ke Restoran Lembah Bernam. Cuma yang ini masa brader OTW balik ke Shah Alam di sebelah petang, brader singgah gerai ni. Menu kelapa bakar yang popular di beberapa negeri ini sebenarnya turut boleh didapati di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Kira tak payah pergi jauh-jauh laa.. Jom tengok gambar :

 Haa, ni dapur dia

 Antara pembaharuan gerai ni ialah dah ada drive thru tau

 Kelapa yang dah siap dibakar

 Siap potong dan hantar ke meja

Jemput wehh..

Macam mana rasa dia? Haa, lebih kurang macam korang didihkan air kelapa guna cerek. Kelapa bakar ni dipercayai menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti lelah, letih, masuk angin, diabetes dan darah tinggi. Owner gerai ni boleh dihubungi di 010-2655543. Selamat mencuba.

22 January 2013

Jom Makan Landak Kat Restoran Lembah Bernam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ahahaa, korang pernah makan daging landak tak? Huhu.. Tentu ada yang pernah, ada jugak yang pasti tertanya-tanya, macam mana ye rasa dia? 20 Januari 2013, lepas brader meeting ngan Mat Rapi member brader sambil-sambil sarapan roti canai, terus brader gerak ke kampung, menziarah ke dua-dua orang tua brader. Lepas Hospital Tanjung Karang, brader ikut jalan dalam tepi ban kenal, kemudian singgah la membungkus makanan kat restoran nih :

Konsep open space seperti restoran di eco resort

 Pengunjung memang penuh menikmati juadah yang disediakan

 Antara menu yang membuatkan air liur korang kecur

 Ini ialah kari landak. Rasa dia? Memang terbaik

Pemandangan di sebelah kiri brader, kawasan letak kendaraan percuma

Oh ya, restoran ni kembar dengan Restoran Selera Rimba kat Sungai Panjang tu. Menurut owner restoran, Restoran Selera Rimba diuruskan oleh abang beliau. Kepada yang nak berkunjung, Restoran ni terletak di tepi Terusan Canal Bank atau femes dipanggil ban kenal, dalam kawasan Sekincan.  coordinates GPS : N 3 42'32" E 101 10'33" korang nak lebih info atau gambar-gambar lain, sila lawat blogger-blogger yang turut experience pengalaman best kat Restoran Lembah Bernam : 
http://pageibushifaa.blogspot.com/2012/04/makanan-eksotik-di-lembah-bernam.html

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_08.htm

http://ladywa.blogspot.com/2011/07/restoran-lembah-bernam-exotic-food.html

21 January 2013

Imbas Kembali: Seminar Generasi Y 2012

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Sambil brader cek gambar-gambar yang pernah brader tangkap, baru brader perasan yang story ni belum dikongsikan kepada rakan-rakan sekalian. Entri berkaitan Gennerasi Y atau biasa disebut Gen Y. Sekalung penghargaan buat Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor kerana menganjurkan program berbentuk wacana ni. Mari, kita tengok sama-sama gambar yang ditangkap :

 Moderator bersama penceramah kedua, Ustaz yang femes kat radio IKIM

 Sebahagian tetamu

 Penceramah kedua daripada Universiti Malaya

 Korang mesti kenal dua orang tokoh ni kan?

 Ustaz dengan penyampaian yang menarik

 Brader yang sebelah brader berkemeja putih ni ada iras-iras rupa kawan brader

 Penceramah yang diterbangkan khas

Dr. dengan ceramahnya

Secara keseluruhannya, brader berasa sangat teruja dan bersemangat mengikuti seminar yang dianjurkan. Walaupun percuma, ilmu dan manfaat yang diperolehi sangat mahal. Brader sangat setuju dengan pendapat para penceramah yang mengatakan Generasi Y tidak perlu sampai ditakuti atau dimusuhi, yang penting perlu difahami agar mereka tidak ketinggalan ataupun terpinggir.

15 January 2013

Konvoi Berani 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Tanpa keberanian, mimpi takkan jadi kenyataan. Ahahaa, ayat power untuk dikongsikan bersama. Semoga kita semua berani dan sentiasa bermotivasi. Pada 12 Januari 2013 yang lepas, brader dan rakan-rakan EE Rider konvoi ke Seminar Berani 2013 Azizan Osman. Berani kan kitorang?

 Bergambar sejurus tiba di Setia City Convention Centre

 Sesi isi borang kat luar dewan seminar

 Hadirin yang memenuhi dewan seawal jam 8.00 pagi

 Beratur panjang sebelum masuk dewan

 Sejurus sesi berakhir. Sebarang rakaman adalah tidak dibenarkan semasa sesi berlangsung

 Abang ni berani laa

 Muka-muka yang terpancar keberanian

 Berani la sangat kan? Ahahaa..

Snap lagi sebelum konvoi pulang

Pembelajaran sepanjang hayat geng. Tak semestinya seminar. Kalau ada diskusi, wacana, majlis ilmu dan lain-lain sila la drop by. Ilmu tu ada di mana-mana. Jumpa lagi.