21 March 2013

Kumpulan Sofea Masuk UiTM?

Ahahaaa...  Nampak tak kekontroversian tajuk entri kali ni? Tapi takpe, memang betul pun, sempena Konsert Dihatiku yang telah berlangsung pada 13 Mac 2013, 3 kumpulan telah ditampilkan. Persembahan dimulakan oleh kumpulan Jinbara, sebelum disambung grup Bunkface dan Kumpulan SYJ-Sofea yang memang lejen.

Jom tengok gambar :

 Persembahan grup Sofea memang bertenaga

 Sesi temuramah sebelum konsert bermula. Turut hadir brader Man Rani

 Sesi jualan turut berlangsung

Pengunjung memang puas hati

Lepas tu layan video pulak :


Rata-rata yang hadir menyaksikan konsert tersebut memang berpuashati. Brader pun enjoy jugak daripada seat VIP. Dengan Saiful Apek dan Yassin sebagai hos pada malam tersebut, memang happening laa. Rock woo..

Kosmo Turun Padang Kerana M.U Dan Real Madrid

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pada 5 Mac yang lalu, sempena perlawanan Liga Juara-Juara Eropah M.U vs Real Madrid, akhbar Kosmo dengan kerjasama TM mengadakan promosi bertempat di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam. Aktiviti bermula seawal jam 8.30 malam.

 Persiapan akhir sebelum kaunter penebusan 2 kepala akhbar dibuka

 Bunting Kosmo tersergam

 Acara games turut berlangsung

 Jangan jeles, kitorang dapat tebus cenderamata istimewa

 Tengok ape tu syeikh?

 Pertandingan PES turut diadakan

 Sambil lepak sambil HFC (Hakim Fried Chicken)

Teh ais panas ade tak mamak?

Sewajarnya aktiviti promo dan sesi bersama masyarakat macam ni diteruskan. Brader yakin, zaman sekarang pemasaran memang penting. Jumpa lagi.

Imbas Balik: Pertandingan Memancing Terbuka Sabak Bernam 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Walaupun hampir terlewat sebulan, brader nak jugak kongsikan momen ni, masa pertandingan tengah bulan lepas, adik brader cuba nasib dengan joran panjang, tapi kita hanya merancang...

 Kawasan Pantai Sungai Lang dibuka lebih 1KM

 Cuaca terik bukan penghalang

 Joran panjang boleh pergi jauh lemparannya

 Penduduk sekitar mengambil peluang berniaga

 Pelbagai makanan

 Pari yang naik haritu kecik-kecik

 Agak-agaknya siapa yang dapat RM 30K tu?

Antara ikan yang didaratkan setakat pukul 11.00 pagi

Oh ya, korang perasan tak ikan sembilang kat gambar di atas? Menurut adik brader, ikan tu yang menang RM 30K sebab pari besar tak naik hari tu. Apapun, tahniah kepada semua pemenang.