29 September 2013

Keenakkan Masakan Belangkas Di KUD 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hari ni (29 September) merupakan hari terakhir Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD 2013) sebelum ia melabuhkan tirai. Dengan lebih sejuta pengunjung, penganjuran kali ini mencapai matlamatnya.

Oh ya, perkara yang menarik perhatian brader semalam selain pertandingan autoshow motosikal ialah demo masakan belangkas. Seingat brader memang belum pernah merasai masakan belangkas ni. Meh tatap gambar :

 Belangkas masak lemak, dapat tengok ia dimasak secara live

 Masakan belangkas dijual dengan harga RM5, tapi kalau dengan nasi macam brader RM3 sehaja

 Demo masakan live sekali lagi di sebelah petang

 Kali ni menu belangkas masak berlada

Sebagai bonus, brader kongsikan resepi belangkas masak berlada (kredit untuk blog http://abahmila.blogspot.com). 

Bahan-bahan
1 ekor belangkas (siang dan basuh bersih) 
2 Ulas bawang besar*
4 Ulas bawang putih*
1 1/2 inci kunyit*
1 1/2 inci halia*
20 tangkai lada kering yg dibelah dan direndam air panas* 
1 inci belacan* Bahan * dikisar halus
2/3 cawan air asam jawa
1 ulas bawang besar dihiris kasar
2 cawan air 
1 cawan minyak masak
garam, gula, serbuk perasa(jika mahu) secukup rasa


Cara-cara:
1) Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng bawang besar yg dihiris kasar sehingga wangi.
2) Angkat bawang tadi dan toskan dari minyak.
3) Tumis pula bahan kisar menggunakan minyak yang sama menggoreng bawang tadi.
4) Apabila bahan tumisan pecah minyak atau garing, masukkan air.Kacau rata.
5) Masukkan garam, gula dan bahan perasa (jika mahu) secukupnya. Kacau sebati.
6) Masukkan pula belangkas yang siap disiang dan dibersihkan. Gaul rata.Biar mendidih.
7) Letakkan air asam jawa.Kacau rata, perlahankan api.Tutup kuali dengan penutup. 
8) Biar 5-7 minit sehingga belangkas masak. Taburkan bawang yang sudah digoreng tadi dan kaup balik sebentar. Matikan api, sedia dihidang.

Sebagai penutup, brader nak minta jasa baik rakan-rakan untuk merenung apa tindakan yang terbaik bagi mengelakkan kepupusan belangkas. Ini kerana ada cakap-cakap yang mengatakan belangkas semakin berkurangan dan semakin sukar didapati. Komen brader pulak, ternak belangkas ni secara komersial. Jumpa lagi.

28 September 2013

Kenapa Perlu Ke Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD 2013)?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Haa, hari ini merupakan hari second last untuk ke Karnival Usahawan Desa 2013. Persoalannya, kenapa mesti ke KUD 2013? Ada apa dengan KUD? Sebenarnya banyak perkara menarik di KUD ni.

Masih sangsi dengan brader? Meh tatap gambar :

 Pentas di Zon Tarikan Pengunjung dengan aktiviti berasaskan masakan

 Kuih tradisional Bunga Pudak

 Bihun sup utara dari Kedah

 Laksa Perlis pun ada

 Cabutan bertuah, hari ni (28hb) ada yang dah menang henpon Samsung

 Ruang pameran dari KESEDAR

 Pokok Kacip Fatimah

 Akar Tongkat Ali mentah

 Ingatkan Tongkat Ali je, rupanya ada Tongkat Hj. Samat

 Ni pokok Tebu Gajah yang umum diketahui mempunyai khasiat tersendiri

 Produk keluaran FELCRA. Kalau jumpa kat bengkel, tolong guna, sapot jenama tempatan

 Anyaman menarik, macam balkoni rumah

 Booth Kraf Daun Getah antara yang mencuri tumpuan

 Cantik kan? Daripada daun menjadi bunga

 Demo membuat bunga daun getah

 Daun getah mentah dan yang sedang serta telah diproses

 Demo Catur Bistari turut berlangsung

 Pelajar-pelajar sekolah tidak melepaskan peluang

 Antara pemamer yang mengambil bahagian

 Beca oh beca

 Produk sos cheezy daripada Jasma

 Demo gasing piring

 Jualan t-shirt turut berlangsung

 Menu belangkas masak lemak di booth negeri Johor

 Santapan tengah hari brader. Jemput makan wehh

 Solat di Masjid Besi

 Panorama indah dari tempat solat

 Demo tembikar

 Booth peserta dari negeri Perak

 Bunga daun getah lagi

 Sempat belajar buat sumpit

 Pengunjung yang memang penuh

 Masakan negeri masing-masing dipertontonkan. Siap boleh beli untuk dimakan

 Demo masakan char kue tiau Penang mai

 Menu masakan belangkas berlada di sebelah petang

Santapan brader sebelah petang sebelum penyampaian hadiah Autoshow Motosikal KUD 2013

Tengok gambar-gambar di atas brader tahu korang mesti teruja nak datang kan? Tambahan pula esok hari terakhir. Bawalah keluarga untuk melihat dan merasai sendiri kemeriahan KUD 2013. Oh ya, kepada kaki kereta, esok berlangsung pertandingan autoshow kereta. Jumpa lagi. 

26 September 2013

Menu Itik Dah Ada Kat Shah Alam?! Betulkah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Biar betul brader ni? Susah tu nak cari menu masakan berasaskan itik. Benar, brader dah jumpa kat mana boleh dapat menu masakan berasaskan itik ni.

Lokasi tempat makan ni terletak di foodcourt Plaza Roshni@Seksyen 7 Shah Alam (di bawah parkir bertingkat), kat area pusat komersial baru (yang ada Jakel), berhampiran Restoran Papa Rich. Menyajikan menu masakan itik ala nusantara, pengunjung pasti nak cuba. Meh tengok gambar :

 Yang ni set Itik Suramadu

 Barisan menu

 Lokasi gerai No. 2 sebelah kedai tom yam

 Itik Rica-Rica yang memang pedas

 Yang ni tak pedas

 Yang ni brader belum cuba

Yang ni boleh tahan pedas dia

Gerai ni beroperasi dari tengah hari hingga lebih kurang jam 9.00 malam. Kepada penggemar masakan nusantara dan separa eksotik, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung dan menikmati menu masakan berasaskan itik. Jumpa lagi.

Imbas Kembali : Program Pasar Seni Dan Demo Seni Sempena Visual 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Apa khabar semua? Brader doakan kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera. Oh ya, sempena program Visual 2013 yang baru berakhir 22 September 2013 yang lalu, brader sempat melawat acara pasar seni dan demo seni pelajar FSSR dan FPEND UiTM.

Acara ni berlangsung di foyer menara SAAS. Meh tatap gambar :

 Barangan kraftangan dipamerkan dan turut dijual

 Pengunjung daripada sekolah-sekolah sekitar Selangor

 Antara lukisan yang cantik

 Hasil seni dalam bentuk buku turut dijual

 Seni ukiran kayu

 Siapa sangka, benang bulu kambing boleh menghasilkan lukisan!

 Pandangan dari dekat

 Majlis Peperiksaan Malaysia pun ada

 Pengunjung yang ramai bertandang

 Jualan dan sesi melukis potret pun ada

 Sebahagian lagi lukisan

Lukisan bermotifkan bunga

Walaupun brader tidak membeli, bgrader datang sebagai sokongan di samping mendapatkan info daripada peserta pameran. Lama gak brader tak melukis. Gian pulak nak melukis balik. Hehe. Jumpa lagi.