29 October 2013

Bestnya Program SMART

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Kepada viewer-viewer yang budiman, entri kali ini brader akan share berkenaan Program SMART. Ia bukan program berkaitan teknik belajar UPSR, PMR waima SPM. Bukan juga melibatkan terowong SMART. Ia adalah program khusus yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Melalui pemerhatian brader, program SMART ni sangat bagus dan banyak manfaatnya. Oh ya, SMART ini merujuk kepada singkatan perkataan Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungjawab. Ianya lebih kepada program berbentuk pencegahan dan disasarkan kepada golongan belia yang berisiko akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. 

Meh, tatap gambar sikit :

 Yang ni Program SMART anjuran AADK Johor Bahru

 Peserta seronok dengan program

Aktiviti treasure hunt dijalankan pada program

 Yang ini Program SMART anjuran AADK Larut, Matang, Selama

 Program kem 2 hari 1 malam dijalankan

 Peserta memberikan sepenuh perhatian

Aktiviti ceramah turut dijalankan

Sesi pembentangan kumpulan

Haa, kan betul brader cakap, Program SMART ni best dan informasi berkenaan dadah turut diselitkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Lepas ni kalau AADK jemput untuk turut serta, belia-belia sila like laju-laju yer. Jumpa lagi.

22 October 2013

Sesekali Menziarah Cash Converter

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Korang suka pi pasar karat kan? Kadang-kadang ia turut dipanggil sebagai pasar antik. Kali ni brader nak kongsikan pengalaman dan gambar-gambar ketika brader melawat Wisma Cash Converter, Shah Alam.

Bukan apa, lama jugak brader tak melawat, jadi sebelum balik ke kampung sempena cuti Aidiladha, brader pun singgah. Cash Converter ni bukan saja macam pasar karat, ia juga menawarkan barang-barang baru dan yang paling best korang leh jual barangan yang korang dah tak mahu untuk ditukarkan menjadi duit. 

Meh, tatap gambar sket :

 Mini cross bow pun ada

 Hampir menyamai yang sebenar termasuk ada anak panah sekali

 Kanak-kanak pasti tertarik dengan yang ini

 Bidai atau boleh menjadi room separator harga di lebih RM100 satu set

 Gitar karen pun ada

Tongkat

 Set minuman

 Lampu hiasan yang rare

 Orkid hiasan

 Periuk istimewa

 Jambangan orkid untuk hiasan meja

 Antara barangan menarik

 Helmet juruterbang tentera yang rare

 Pedang kayu

 Batang joran jenama Daiwa

 Helmet tutup muka

 Untuk team nasyid

 Haa, yang ni panah sebenar

Rak spesel

Ini sebahagian sahaja barangan yang brader ambil gambar sebab menarik dan ada yang susah nak jumpa. Kepada yang ingin berkunjung, Wisma Cash Converter ni terletak di Seksyen 9 Shah Alam (bangunan lama DEMC), bersebelahan Plaza Masalam. Jumpa lagi.

16 October 2013

Brader Melejen Di Program Library Is My Second Home

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Yaa, kita flashback sikit ye, pada 8 Oktober 2013 yang lepas, brader sempat berkunjung ke Program Library Is My Second Home yang diadakan di UiTM Puncak Perdana. Bila disebut perpustakaan, tentulah himpunan buku-buku yang menjadi perhatian.

Oh ya, sebab apa brader melejen kat program ni? Pasal Lejen Press yang kini menjadi feveret rakyat jelata telah turun melejen kat program nih. Haa, meh tengok gambar siket :

Papan tanda ini menarik perhatian brader semasa ke Puncak Perdana. Ganas woo

 Kawasan lobi perpustakaan meriah tiba-tiba

 Yang ni dari Kaki Novel

 Antara buku yang dijual dan dipamerkan

 Antara terbitan Lejen Press

 Pengunjung dihiburkan dengan persembahan busking

 Banner program

 Siswa-siswi tak melepaskan peluang

 Antara buku-buku rare dari luar negara

 Mug Lejen ni berharga RM15

 Lagi buku dari luar negara

 Lagi buku dari Lejen Press

 Seni grafik daripada filem-filem dibukukan

 Koleksi Spiderman pun ada

 Sebahagian lagi buku-buku

 Buku lagi

 Dan lagi

Tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada syarikat-syarikat penerbit buku yang sudi datang. Selain pameran, ada buku-buku yang dijual dengan harga spesel sempena program ni. Moga program baik seperti ini diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.

12 October 2013

Pembukaan Semula Restoran Fried Chicken House Seksyen 7 Shah Alam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Apa khabar semua? Lagi beberapa hari seluruh umat Islam akan menyambut Aidiladha, selamat hari raya brader ucapkan, dan kepada bakal-bakal haji semoga mendapat haji mabrur ye bukan haji marlboro. Heheh.

Oh ya, brader nak kongsikan berkenaan promosi terkini restoran Fried Chicken House Seksyen 7 Shah Alam yang sedang berlangsung. Oh ya, restoran ni dibuka semula sejak Ramadhan lalu di bawah owner baru. Brader dan brader AskWhat sempat singgah lunch kat sini baru-baru ni. Haa, meh tengok gambar :

 Nama lama restoran masih dikekalkan

 Promosi terkini yang sedang berlangsung

 Antara menu masakan yang boleh didapati di sini

 Lebih dikenali sebagai FCH, jadi jemput datang ye

Menu nasi arab antara yang menarik perhatian

Oh ya, kat mana restoran FCH ni? Ia teletak di sebelah pasaraya 99 sebaris dengan Mydin Mart, Proton, Pasaraya Pak Aji, Restoran Asam Pedas dan landmak ialah Restoran Jendela Bali dan Hotel de Art serta tasik Seksyen 7 Shah Alam. Jemput datang, kita sapot perniagaan orang kita.

09 October 2013

Sekitar Japanese Festival '13 UiTM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Haa, pada 5 Oktober 2013 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung satu event di Manara S&T UiTM. Program ni anjuran Japanese Language Society (JLS) UiTM dan Akademi Pengajian Bahasa UiTM. 

Selain aktiviti jualan barangan dan makanan bertemakan Jepun, aktiviti lain seperti cosplay, nyanyian dan syarahan dalam Bahasa Jepun turut berlangsung. Memang berbakat laa siswa-siswi yang belajar Bahasa Jepun ni brader tengok.

Mari, kita tengok gambar sikit :

 Banner program. Err, sapa tahu watak cerita apa yer?

 Demo dan jualan kraftangan Jepun 

 Demo kimono

 Antara cenderamata program

 Button badge watak-watak anime dan manga

 Jualan CD anime turut mengambil tempat

 Cosplay time, yearghhh

 Watak Ken dari Street Fighter

 Poster program

 Walaupun hari cuti, pengunjung tetap ramai

Kemeriahan jelas terasa

Walaupun program ini dianjurkan di peringkat dalaman dan tertutup, kemeriahan tetap terasa. Brader sempat beli button badge Kenshin dan Tomoe Himura yang rare. Kalau dianjurkan kat luar dan terbuka, tentu lebih ramai yang tertarik termasuk brader Khairul GM dengan cikgu Angel Beats de Mira. Hehehe..