11 February 2014

Sorotan Hyrax Oil Autoshow Sempena Karnival Karangkraf 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada 8 Februari yang lepas, sempena Karnival Karangkraf 2014, telah berlangsung pertandingan Hyrax Oil Autoshow di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Event ni diselia oleh brader Khairul GM dan lebih 80 penyertaan diterima. 

Haa, meh tatap gambar. Masa ni di sebelah pagi menginjak ke tengah hari, jadi kereta peserta belum sepenuhnya mendaftar dan memenuhi tapak pertandingan :

 Konsep safari pada karnival tahun ini 

 Pameran wau

 Ini penanda untuk tapak autoshow

 Peta lokasi bagi memudahkan pengunjung

 Aktiviti di pentas utama

 Tapak jualan buku yang sememangnya menjadi tumpuan

 Novel-novel baru boleh didapati dengan harga promosi 

 Novel Sunan daripada Ramlee Awang Murshid dijual dengan diskaun 20% semasa event

 Abang ni memborong yer

 Lagi di sekitar tapak jualan

 Sesi besama penulis. Kali ni brader tak dapat bergambar dengan Ramlee Awang Murshid

 Yang best time karnival ni ialah stok memang banyak

 Booth Majalah Laman, Dapur dan Apartmen

 Booth Majalah Pa&Ma yang ceria

 Booth Majalah Pengantin

 Booth Majalah PC dan Fokus SPM

 Kereta ni antara yang terawal mendaftar autoshow

 Tuu dia, ijau kuning noo. Kedah mai

 Waja kelabu dengan spoiler unik

 Pandangan di sebelah hadapan

 Ketibaan peserta lain

 JPJ pun mai, ada promosi tukar lesen baru dan Skuad Muda 1 JPJ

 Myvi dengan sportrim cantek

 Geng Saga pun turun sapot

 Lagi gambar Myvi tadi

 Myvi tema naga

 Pandangan dari sebelah hadapan

 Parking cantek-cantek bos.. hehe

 Brader dengan bro Khairul GM. First time jumpa dekat macam dah lama kenal. Respek.

 Kelisa oh Kelisa

 Myvi konsep anime

 Sape tahu watak anime ape ni?

 Hiasan dalaman turut dipertontonkan

 Terpaku jap abang kita nih.. 

 Tuu dia, sekali dia bukak pintu..

Penampilan istimewa Wak Doyok di karnival. Nape misai dah tak lentik Wak?

Oh ya, pertandingan autoshow ni diadakan pada hari kedua karnival dan hanya melibatkan kategori kereta. Brader sempat gak propose kat bro Khairul GM untuk majukan kepada pihak Karangkraf cadangan tambah kategori motosikal untuk karnival akan datang. Apepun tahniah kepada para pemenang.

27 January 2014

Sorotan Pesta Buku MPH 2014 Di Plaza Alam Sentral

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada 21 Januari baru-baru ni, kebetulan brader ke Plaza Alam Sentral. Tengok-tengok sedang berlangsung Pesta Buku MPH kat sana. Kalau korang suka baca buku, tentu korang kenal MPH ni sebagai antara bookstore dan distributor buku yang femes kat Malaysia.

Sambil-sambil tengok buku, brader pi snap gambar:

 Diskaun diberi hingga 70%

 Buat julung kalinya ruang bawah P.A.S dipenuhi buku

 Peminat ana MUSLIM tentu teruja

 Selain buku, barangan edisi istimewa turut dijual

 Antara buku yang dipamer dan dijual

 Lagi produk edisi terhad

 Nukilan Ramlee Awang Murshid turut dijual

 Khas untuk mat-mat motor. Jiwang skettt...

 Nak belajo masak pun bulehhhh

 Buku ni menarik perhatian brader, penuh isi

 Untuk mendidik anak-anak

 Banner di pentas utama

Antara buku Prof. Dr. Muhaya

Haa, itulah sedikit sebanyak yang dapat brader kongsikan untuk korang. Jangan lupa turun dan beli jika ada pesta buku dianjurkan. Dah beli baca, pahamkan dan amal. Jumpa lagi.

Sekitar Karnival Harian Metro Kat Sungai Besar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada 18 Januari 2014 yang lalu, kebetulan brader balik kampung, berlangsung acara mini karnival Harian Metro kat Dataran Tonggak 10, Sungai Besar. Difahamkan acara ni sampai malam bersekali persembahan daripada jemputan.

Meh tengok gambar, brader datang sebelah siang je:

 Sempat amik gambar musim menuai di Sungai Besar

 Setting untuk game futsal yang akan dilangsungkan sebelah petang

 Di sebelah pagi nih masih banyak setting, jadi pengunjung tak berapa ramai

 Persembahan gasing yang dijalankan

 Jualan surat khabar Harian Metro

 Pertandingan untuk kanak-kanak

Acara mewarna berlangsung di dalam booth ni

Secara yang brader tengok, sambutan nampak menggalakkan daripada masyarakat. Langkah yang baik diambil oleh pihak Harian Metro dalam mempromosikan lagi produk mereka. Selain aktiviti sebegini, korang tentu perasan ada aktiviti berbentuk jelajah ke destinasi-destinasi terpilih menggunaan kenderaan turut dijalankan. Dah macam skuad lintasan stesen-stesen radio. Jumpa lagi.