27 January 2014

Sorotan Pesta Buku MPH 2014 Di Plaza Alam Sentral

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada 21 Januari baru-baru ni, kebetulan brader ke Plaza Alam Sentral. Tengok-tengok sedang berlangsung Pesta Buku MPH kat sana. Kalau korang suka baca buku, tentu korang kenal MPH ni sebagai antara bookstore dan distributor buku yang femes kat Malaysia.

Sambil-sambil tengok buku, brader pi snap gambar:

 Diskaun diberi hingga 70%

 Buat julung kalinya ruang bawah P.A.S dipenuhi buku

 Peminat ana MUSLIM tentu teruja

 Selain buku, barangan edisi istimewa turut dijual

 Antara buku yang dipamer dan dijual

 Lagi produk edisi terhad

 Nukilan Ramlee Awang Murshid turut dijual

 Khas untuk mat-mat motor. Jiwang skettt...

 Nak belajo masak pun bulehhhh

 Buku ni menarik perhatian brader, penuh isi

 Untuk mendidik anak-anak

 Banner di pentas utama

Antara buku Prof. Dr. Muhaya

Haa, itulah sedikit sebanyak yang dapat brader kongsikan untuk korang. Jangan lupa turun dan beli jika ada pesta buku dianjurkan. Dah beli baca, pahamkan dan amal. Jumpa lagi.

Sekitar Karnival Harian Metro Kat Sungai Besar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada 18 Januari 2014 yang lalu, kebetulan brader balik kampung, berlangsung acara mini karnival Harian Metro kat Dataran Tonggak 10, Sungai Besar. Difahamkan acara ni sampai malam bersekali persembahan daripada jemputan.

Meh tengok gambar, brader datang sebelah siang je:

 Sempat amik gambar musim menuai di Sungai Besar

 Setting untuk game futsal yang akan dilangsungkan sebelah petang

 Di sebelah pagi nih masih banyak setting, jadi pengunjung tak berapa ramai

 Persembahan gasing yang dijalankan

 Jualan surat khabar Harian Metro

 Pertandingan untuk kanak-kanak

Acara mewarna berlangsung di dalam booth ni

Secara yang brader tengok, sambutan nampak menggalakkan daripada masyarakat. Langkah yang baik diambil oleh pihak Harian Metro dalam mempromosikan lagi produk mereka. Selain aktiviti sebegini, korang tentu perasan ada aktiviti berbentuk jelajah ke destinasi-destinasi terpilih menggunaan kenderaan turut dijalankan. Dah macam skuad lintasan stesen-stesen radio. Jumpa lagi. 

25 January 2014

Sekitar Program Penukaran Topi Keledar JKJR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Haa, kali ni brader nak kongsikan berkenaan program tukar ganti topi keledar. Sebenarnya program ni dah lama dan biasa dijalankan, cuma yang best dan buat brader teruja ialah bila brader dapat involve sendiri. Selalu asyik terlepas je. Hehe..

Haa, ni antara suasana yang sempat brader rakam pada 9hb Januari 2014, pintu belakang UiTM Shah Alam:

 Brader mula-mula ingat ia adalah road block

 Tengah beratur menunggu giliran

Kebetulan hari tu brader pakai helmet buruk, jadi dapat tukar yang ni

Memang macam goreng pisang panas, kurang sejam bila brader pusing balik tengok-tengok program dah habis dah, helmet pun dah selesai ditukar ganti. Walaupun sesi ni takde helmet mahal yang ada tulisan 1M4U tu, yang ni pun best gak. Jenis X-Dot. Yang penting helmet yang dah nazak tu tukar demi keselamatan. Jumpa lagi.

Bermula Tahun 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Entri pertama brader pada tahun 2014. Terperap gambar-gambar ni walaupun brader dah ready nak release. Tahun baru, sinonim dengan azam baru. Korang dah tulis azam tu? Kalau tulis kita boleh lihat dan ukur ia on track atau tak. Hehe.

Oh ya, inilah gambar-gambar tahun baru. Ambik dari tapak pasar malam je, I-City sesak, jalan utama sesak.

 Bunga api di sebalik tabir bangunan, yeahh

 Penjaja O.T sampai melewati jam 12 tengah malam

 Jalan utama sesak, tapi hon tak berbunyi, disiplin pulak

 Sesak di kedua-dua arah

 Dengar kemeriahan dari I-City, tapi brader prefer kat tapak pasar malam je

 Bunga api lagi

 Tukar port pulak, berlatarkan pokok

 Bunga api dan sambutan new year, berpisah tiada

 Yang ni memang clear

 Durian pun ada

 Ni antara shoot brader yang tercantik

 Brader suka shoot ni, paling cantik

 Usai sambutan, masih sesak mencari jalan pulang (kalau pulang laa)

Masing-masing berazam. Moga dipermudahkan.

Oh ya, brader wish selamat tahun baru dan selamat maju jaya kepada pembaca dan viewer semua. Azam bukan sekadar hharapan dan cita-cita, ia sebuah perancangan strategik dan sasaran tahunan yang akan dinilai diakhir tahun. Jumpa lagi.