27 August 2012

Baraan @ Jalan-Jalan Raya @ Ziarah Raya 2012

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. 

Masih bercerita pasal Hari Raya Aidilfitri. Kali ni brader nak cerita tentang baraan @ jalan-jalan raya @ ziarah raya. Walaupun berbeza sebutan, mungkin kaedah juga ada perbezaan, namun matlamat tetap sama iaitu berkunjung merapatkan silaturrahim disamping bermaafan di hari lebaran. 

 Tahun ni baraan naik rumah brader pada hari raya ke-2, sebelah pagi

 Mi goreng sebagai main dish, brader sponsor wedges dengan sos keju

 Tembikai sebagai pencuci mulut

 Time mengemas lepas baraan. Tuu diaaa... licin cheezy wedges brader 

 Sambutan yang meriah kepada hidangan

 Kat rumah salah seorang ahli kariah masjid

 Autoshow free sebab motosikal banyak.. Hehehe

 Motosikal kapcai ni senang meredah jalan kampung

 Bersalam dengan tuan rumah semasa masuk ke rumah

 Meriah betul baraan kat kampung brader, kariah besar la katakan

 Yang menarik bila naik rumah yang dikunjungi, tak kira miskin kaya

 Tahun ni brader bawak adik bongsu brader ikut

 Salah satu rumah tumpuan, tiap tahun makan nasik kat rumah ni

 Budak-budak seronok sakan

 Brader ngan member ustaz

 Rumah ni pula ada membela arnab

 Bro Madon, senior brader time sekolah dulu

 Macam keduri dah.. Hehehe

 Rumah Pak Sungip, pekena mini Walls Cornetto

 Rusuhan duit raya turut berlaku.. Hehehe

Rumah pak imam menjadi destinasi wajib baraan

Begitulah rutin baraan kat kampung brader yang tercinta di Sungai Nipah. Suasana desa yang mesra ditambah dengan karenah adik-adik kampung berhari raya menghidupkan suasana hari raya. Salam lebaran semua. 

Manis-Manis Lebaran 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Selamat Hari Raya semua!! Rasanya belum terlambat untuk brader untuk menitipkan ucapan. Lagipun raya kan sebulan? Huhuhu. Macam biasa dan telah menjadi lumrah, anak-anak di rantauan pulang ke desa berhari raya bersama keluarga tercinta. Brader pun seronok beraya di desa bersama famili.

 Suasana petang 18 Ogos 2012 di Sungai Besar, ramai orang membeli persiapan

 Seperti kebiasaan, persiapan sederhana keluarga brader

 Pagi raya di masjid

 Bersalaman sambil berselawat selepas khutbah raya

 Pengumuman dan tazkirah ringkas

 Bacaan tahlil

 Kengkawan adik brader

 Keseronokan menyempurnakan puasa selama sebulan

 Brader dengan kawan sekampung

 Berkumpul menikmati hidangan yang dibawa jemaah selepas selesai tahlil

 Ahli jemaah menikmati juadah bersama

 Geng masjid berkumpul semula

 Brader dengan seorang lagi rakan

 Beraya ke rumah nenek

 Brader dengan adik

 Tetamu dari keluarga sebelah emak bertandang

 Seronok bersembang ramai-ramai

 Adik brader bergurau dengan salah seorang anak buah

 Sesekali berkumpul memang meriah

 Sepupu ngan akak sedara brader ada baby kecik

 Adik brader ngan anak buah

 Hidangan yang ada silalah nikmati

 Woww, duit raya polimer warna hijau

 Mak ngan ayah brader

 Gambar keluarga

 Soto banjar di rumah keluarga sebelah ayah

 Hidangan soto menjadi tradisi keluarga sebelah ayah

Keluarga mak anjang sebelah ayah brader

Tidak perlu dinafikan lagi, suasana hari raya di desa memang berbeza, berjalan raya @ ziarah raya @ baraan masih diamalkan. Anak-anak bermain meriam masih ada walaupun bilangannya semakin berkurangan. Brader juga turut mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kekhilafan. Manis-manis lebaran semua.