14 January 2021

Bagaimana Mengikuti Kursus Percuma Bersijil Sewaktu Pandemik

 


Umum mengetahui, kesan daripada pandemik Covid-19 ini banyak acara dan kursus yang biasa dijalankan secara bersemuka ditangguhkan atau dibatalkan. Antara yang terkesan dengan keadaan ini ialah para pelajar, graduan dan pencari kerja kerana tidak dapat menghadiri kursus atau acara bagi tambah nilai kepada kompetensi sedia ada. 

Tahukah anda, sebenarnya ada cara untuk anda menghadiri kursus dan memperolehi kemahiran dan pengetahuan. 

Caranya, dengan menyertai seminar dalam talian atau webinar dalam talian yang dianjurkan. Dengan capaian maklumat di hujung jari, anda tidak perlu risau sebenarnya. Dengan menggunakan enjin carian Google anda boleh memasukkan kata kunci 'seminar percuma', 'webinar percuma' dan pelbagai kata kunci yang boleh digunakan. Ada seminar dalam talian dan webinar yang percuma, ada juga yang mengambil bayaran yuran pendaftaran. Jika tanya saya, saya lebih suka mengikuti yang percuma.

Selain itu, manfaatkan fungsi carian di laman-laman sosial yang anda miliki. Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain mempunyai menu 'search' yang boleh digunakan seperti enjin carian internet. Masukkan kata kunci 'webinar', 'seminar dalam talian' dan lain-lain. Hasilnya, akan muncul pelbagai program dan acara webinar yang dijalankan dalam talian. Ada juga webinar yang menggunakan platform FB Live, Youtube dan lain-lain.

Seterusnya, anda perlu melihat sama ada webinar yang anda pilih itu memerlukan anda mendaftar ataupun tidak. Bagi webinar yang memerlukan pendaftaran peserta, link Google Form akan disertakan bersama iklan atau poster webinar. Ada juga pendaftaran yang dijalankan melalui aplikasi Whatsapp dll.

Pastikan anda menulis maklumat webinar yang akan diikuti agar anda tidak terlupa mahupun terlepas pandang. Anda juga perlu menyemak semula maklumat webinar tersebut sehari sebelum mengikutinya, mana tahu ia ditunda ataupun ada perubahan masa. 

Akhir sekali, yang paling penting pastikan anda dapat sijil penyertaan setelah mengikuti webinar tersebut. Lazimnya sijil tersebut dalam bentuk e-sijil dan penganjur akan emelkan kepada emel yang anda berikan sewaktu pendaftaran. Jadi, penting untuk anda berikan emel yang betul ya. Sekiranya e-sijil tidak diterima selepas 2 minggu, anda perlu hubungi semula penganjur. Cetak e-sijil yang diterima dan simpan kemas di folder sijil untuk memudahkan anda kelak.

Selamat maju jaya!

02 January 2021

Azam Tidak Semestinya Pada Tahun Baru

 


Salam dan hai semua. Lama tak menulis di sini. Nasib baik blog ini masih boleh diakses. Bersawang jugalah dan perlukan sedikit 'housekeeping'. Biasa dengar kan, setiap tahun baru masihi antara perkara yang ditanya atau dikongsikan ramai orang ialah azam. Sebenarnya, selain awal tahun masihi, kita boleh review azam tu pada masa yang lain. 

Pertama, pada tahun Hijrah. Tahun 2021 ini tahun Hijrahnya ialah 1442. Kita boleh gunakan masa tahun baru Hijrah nanti untuk review dan melihat semula hasil ataupun pencapaian azam mahupun perancangan yang telah dibuat pada awal tahun 2021.

Kedua, sewaktu perayaan. Uniknya di Malaysia ini dalam setahun ada pelbagai perayaan yang disambut. ini disebabkan faktor masyarakat kita yang berbilang kaum atau disebut masyarakat majmuk. ada perayaan keagamaan, ada perayaan tahun baru mengikut kepercayaan masing-masing dan perayaan khas seperti Hari Keputeraan YDPA ataupun DYMM Sultan. Bagi orang bisnes, tarikh perayaan-perayaan atau sambutan ini boleh dijadikan tarikh untuk review atau melihat semula perjalanan bisnes.

Ketiga, tarikh-tarikh lain seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan mahupun tarikh-tarikh lain yang bersifat peribadi oleh pemilik bisnes turut boleh digunakan untuk 'melihat' azam dan 'melihat semula' azam yang telah dibuat pada awal tahun. 

Sebagai kesimpulan, azam yang lazimnya dibuat pada awal tahun baru masihi, tidak semestinya dilakukan pada waktu itu. Ia boleh dibuat pada waktu-waktu lain, diperbaharui dan dilihat semula. Selamat maju jaya, semoga murah rezeki.





07 January 2020

SELAMAT DATANG TAHUN 2020

Hai korang..

Nak masuk 5 tahun tinggal blog ni. InsyaAllah akan menulis dan aktif balik. More to come.. Stay tune..

21 January 2015

Usai Karnival Permotoran Sungai Emas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Baru-baru ni brader sempat singgah kat satu program permotoran kat Sungai Emas, Banting. Pertandingan autoshow dan audio kereta turut diadakan. Orang Banting tentu tau tempat ni, kan? Meh, tengok gambar.

 Antara kereta yang menarik perhatian

 Barisan piala kemenangan sebagai rekod kejayaan

 Lagi kereta

 Kereta yang punyai warna menarik

 Tema kartun

 Peserta daripada grup kompak

Perjalanan pulang, qg18 vs BMW

Inilah event autoshow pembuka tahun 2015. Moga lebih banyak event akan dianjurkan pada tahun ni. Peserta pun dah tentu buat persiapan rapi. Jumpa lagi.

20 January 2015

Final Tempatan Fest 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat tahun baru 2015, Salam Mauliur Rasul dan salam ceria. Dekat setahun tak update kan, bersawang blog bak kata orang, tapi brader tengok 'viewer' masih ramai, terutama posting brader berkenaan motor. Brader mulakan posting baru tahun 2015 ni dengan perkongsian sewaktu melawat Tempatan Fest pada 27 Disember 2014, kat area Stadium Malawati, Shah Alam. Meh tengok.

 DB dari Melaka dengan design harimau Polygon

 Antara jenama clothing tempatan yang mengambil bahagian

 Walaupun retis, brader ni tetap humble jaga kaunter gitu

 Gunting rambut pun ada

 Semua serbu tempat ni untuk peluang memenangi skuter

Selamat maju jaya brader ucapkan untuk tahun ni. Dengarnya dah ada jadual untuk TF 2015. Kalau nak folo perkembangan Tempatan Fest ni, search dan folo jer kat Facebook Tempatan Fest. FB grup pun ada. 

11 February 2014

Sorotan Hyrax Oil Autoshow Sempena Karnival Karangkraf 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada 8 Februari yang lepas, sempena Karnival Karangkraf 2014, telah berlangsung pertandingan Hyrax Oil Autoshow di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Event ni diselia oleh brader Khairul GM dan lebih 80 penyertaan diterima. 

Haa, meh tatap gambar. Masa ni di sebelah pagi menginjak ke tengah hari, jadi kereta peserta belum sepenuhnya mendaftar dan memenuhi tapak pertandingan :

 Konsep safari pada karnival tahun ini 

 Pameran wau

 Ini penanda untuk tapak autoshow

 Peta lokasi bagi memudahkan pengunjung

 Aktiviti di pentas utama

 Tapak jualan buku yang sememangnya menjadi tumpuan

 Novel-novel baru boleh didapati dengan harga promosi 

 Novel Sunan daripada Ramlee Awang Murshid dijual dengan diskaun 20% semasa event

 Abang ni memborong yer

 Lagi di sekitar tapak jualan

 Sesi besama penulis. Kali ni brader tak dapat bergambar dengan Ramlee Awang Murshid

 Yang best time karnival ni ialah stok memang banyak

 Booth Majalah Laman, Dapur dan Apartmen

 Booth Majalah Pa&Ma yang ceria

 Booth Majalah Pengantin

 Booth Majalah PC dan Fokus SPM

 Kereta ni antara yang terawal mendaftar autoshow

 Tuu dia, ijau kuning noo. Kedah mai

 Waja kelabu dengan spoiler unik

 Pandangan di sebelah hadapan

 Ketibaan peserta lain

 JPJ pun mai, ada promosi tukar lesen baru dan Skuad Muda 1 JPJ

 Myvi dengan sportrim cantek

 Geng Saga pun turun sapot

 Lagi gambar Myvi tadi

 Myvi tema naga

 Pandangan dari sebelah hadapan

 Parking cantek-cantek bos.. hehe

 Brader dengan bro Khairul GM. First time jumpa dekat macam dah lama kenal. Respek.

 Kelisa oh Kelisa

 Myvi konsep anime

 Sape tahu watak anime ape ni?

 Hiasan dalaman turut dipertontonkan

 Terpaku jap abang kita nih.. 

 Tuu dia, sekali dia bukak pintu..

Penampilan istimewa Wak Doyok di karnival. Nape misai dah tak lentik Wak?

Oh ya, pertandingan autoshow ni diadakan pada hari kedua karnival dan hanya melibatkan kategori kereta. Brader sempat gak propose kat bro Khairul GM untuk majukan kepada pihak Karangkraf cadangan tambah kategori motosikal untuk karnival akan datang. Apepun tahniah kepada para pemenang.