Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Rasanya belum terlewat untuk brader mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin muslimat. Brader agak busy untuk update blog ni, bukan apa, dengan komitmen kerja yang memerlukan fokus yang lebih. Terima kasih kepada para pembaca yang tolong update ngan jawab komen daripada pembaca lain. Zillion thanks.
Untuk kali ni, sempena bulan puasa ni dan tak lama lagi nak berhari raya, brader kongsikan maklumat daripada Hong Leong Yamaha daripada kedai motor yang baik dengan brader, pasal penyelenggaraan Yamaha 135 LC. Ada bengkel yang share info macam ni, ada gak yang kedekut ilmu, apapun, brader kongsikan dengan korang :
Sila klik pada gambar untuk membesarkan imej. Nak save pun boleh
Sambungan. Sila klik pada gambar untuk membesarkan imej. Boleh save pastu kongsi dengan kengkawan
Antara perkara yang menarik perhatian brader ialah :
1. Air filter memerlukan penyelenggaraan yang kerap jika korang kerap bawak moto dalam persekitaran yang basah, lembab dan berdebu.
2. Ganti brake hose setiap 4 tahun.
3. Gantikan coolant menggunakan Yamaha Genuine Coolant setiap 3 tahun (tentu ada justifikasi kenapa mesti menggunakan coolant yang asli dan setiap 3 tahun tukar, bukannya setiap bulan)
4. Penyelenggaraan brek hidraulik (disc brake)
* Cek selalu terutama paras cecair brek berada pada paras yang sesuai.
* Setiap 2 tahun ganti komponen brek dan cecair brek.
* Selain tempoh 4 tahun, brake hose boleh diganti lebih awal sekiranya ada kerosakan.
Semoga perkongsian yang simple ni dapat memberikan manfaat. Pahala pun dapat. Jumpa lagi.

