29 September 2013

Keenakkan Masakan Belangkas Di KUD 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Hari ni (29 September) merupakan hari terakhir Karnival Usahawan Desa 2013 (KUD 2013) sebelum ia melabuhkan tirai. Dengan lebih sejuta pengunjung, penganjuran kali ini mencapai matlamatnya.

Oh ya, perkara yang menarik perhatian brader semalam selain pertandingan autoshow motosikal ialah demo masakan belangkas. Seingat brader memang belum pernah merasai masakan belangkas ni. Meh tatap gambar :

 Belangkas masak lemak, dapat tengok ia dimasak secara live

 Masakan belangkas dijual dengan harga RM5, tapi kalau dengan nasi macam brader RM3 sehaja

 Demo masakan live sekali lagi di sebelah petang

 Kali ni menu belangkas masak berlada

Sebagai bonus, brader kongsikan resepi belangkas masak berlada (kredit untuk blog http://abahmila.blogspot.com). 

Bahan-bahan
1 ekor belangkas (siang dan basuh bersih) 
2 Ulas bawang besar*
4 Ulas bawang putih*
1 1/2 inci kunyit*
1 1/2 inci halia*
20 tangkai lada kering yg dibelah dan direndam air panas* 
1 inci belacan* Bahan * dikisar halus
2/3 cawan air asam jawa
1 ulas bawang besar dihiris kasar
2 cawan air 
1 cawan minyak masak
garam, gula, serbuk perasa(jika mahu) secukup rasa


Cara-cara:
1) Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng bawang besar yg dihiris kasar sehingga wangi.
2) Angkat bawang tadi dan toskan dari minyak.
3) Tumis pula bahan kisar menggunakan minyak yang sama menggoreng bawang tadi.
4) Apabila bahan tumisan pecah minyak atau garing, masukkan air.Kacau rata.
5) Masukkan garam, gula dan bahan perasa (jika mahu) secukupnya. Kacau sebati.
6) Masukkan pula belangkas yang siap disiang dan dibersihkan. Gaul rata.Biar mendidih.
7) Letakkan air asam jawa.Kacau rata, perlahankan api.Tutup kuali dengan penutup. 
8) Biar 5-7 minit sehingga belangkas masak. Taburkan bawang yang sudah digoreng tadi dan kaup balik sebentar. Matikan api, sedia dihidang.

Sebagai penutup, brader nak minta jasa baik rakan-rakan untuk merenung apa tindakan yang terbaik bagi mengelakkan kepupusan belangkas. Ini kerana ada cakap-cakap yang mengatakan belangkas semakin berkurangan dan semakin sukar didapati. Komen brader pulak, ternak belangkas ni secara komersial. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment