Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ahahaa, lama tak buat entri pasal makanan. Sekarang ni apa yang now trending kat Malaysia? Artis carik barang hantaran kat kota London? Salah. Artis dituduh hantar gambar 'anu' guna perisian 'watpe tu'? Bukan. Apa yang brader maksudkan ialah kemunculan Maggi BIG Kari.
Mula-mula brader ingat perkataan BIG yang digunakan merujuk kepada saiz mi seperti saiz laksa bila masak. Tapi tak jugak, saiz mi sama je. Cuma yang bestnya, kuantiti mi yang banyak bila dah masak. Jadi, BIG tu lebih kepada kuantiti sebenarnya, bukan saiz mi bila masak, atau saiz perencah yang besar.
Ujian makmal yang brader buat menunjukkan hasil berikut :
Bahan dan alatan untuk ujikaji
Bungkusan dia berbeza dengan Maggi biasa, besar sikit
Tetap mengekalkan masa memasak selama 2 posen, eh, 2 minit
Output dihasilkan. Mangkuk rare ni dari promosi Colgate
Ha, kepada yang belum cuba Maggi baru ni boleh la cuba. Harga untuk 1 pek berisi 5 pek kecil ialah RM5.90. Kalau makan sorang memang kenyang, 1 pek boleh kongsi 2 orang.
No comments:
Post a Comment