Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Kepada viewer-viewer yang budiman, entri kali ini brader akan share berkenaan Program SMART. Ia bukan program berkaitan teknik belajar UPSR, PMR waima SPM. Bukan juga melibatkan terowong SMART. Ia adalah program khusus yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Melalui pemerhatian brader, program SMART ni sangat bagus dan banyak manfaatnya. Oh ya, SMART ini merujuk kepada singkatan perkataan Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungjawab. Ianya lebih kepada program berbentuk pencegahan dan disasarkan kepada golongan belia yang berisiko akan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Meh, tatap gambar sikit :
Yang ni Program SMART anjuran AADK Johor Bahru
Peserta seronok dengan program
Aktiviti treasure hunt dijalankan pada program
Yang ini Program SMART anjuran AADK Larut, Matang, Selama
Program kem 2 hari 1 malam dijalankan
Peserta memberikan sepenuh perhatian
Aktiviti ceramah turut dijalankan
Sesi pembentangan kumpulan
Haa, kan betul brader cakap, Program SMART ni best dan informasi berkenaan dadah turut diselitkan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Lepas ni kalau AADK jemput untuk turut serta, belia-belia sila like laju-laju yer. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment