Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Korang suka pi pasar karat kan? Kadang-kadang ia turut dipanggil sebagai pasar antik. Kali ni brader nak kongsikan pengalaman dan gambar-gambar ketika brader melawat Wisma Cash Converter, Shah Alam.
Bukan apa, lama jugak brader tak melawat, jadi sebelum balik ke kampung sempena cuti Aidiladha, brader pun singgah. Cash Converter ni bukan saja macam pasar karat, ia juga menawarkan barang-barang baru dan yang paling best korang leh jual barangan yang korang dah tak mahu untuk ditukarkan menjadi duit.
Meh, tatap gambar sket :
Mini cross bow pun ada
Hampir menyamai yang sebenar termasuk ada anak panah sekali
Kanak-kanak pasti tertarik dengan yang ini
Bidai atau boleh menjadi room separator harga di lebih RM100 satu set
Gitar karen pun ada
Tongkat
Set minuman
Lampu hiasan yang rare
Orkid hiasan
Periuk istimewa
Jambangan orkid untuk hiasan meja
Antara barangan menarik
Helmet juruterbang tentera yang rare
Pedang kayu
Batang joran jenama Daiwa
Helmet tutup muka
Untuk team nasyid
Haa, yang ni panah sebenar
Rak spesel
Ini sebahagian sahaja barangan yang brader ambil gambar sebab menarik dan ada yang susah nak jumpa. Kepada yang ingin berkunjung, Wisma Cash Converter ni terletak di Seksyen 9 Shah Alam (bangunan lama DEMC), bersebelahan Plaza Masalam. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment