Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani
Haa, pada 1 dan 2 Oktober 2013 yang lalu, satu program berkaitan keselamatan jalan raya telah diadakan bertempat di foyer Menara SAAS UiTM Shah Alam. Program ini dianjurkan oleh Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM (HEP).
Pelbagai aktiviti berlangsung. Daripada ceramah hinggalah kepada aktiviti permainan berkaitan keselamatan jalan raya. Brader percaya ia berfokuskan ke arah mendidik dan memberi kesedaran kepada siswa-siswi UiTM. Meh, kita tengok gambar sikit :
Antara pempamer yang mengambil bahagian. Metro Driving Academy pun ada
Pameran dan penerangan prosedur menyelamat daripada pihak Bomba dan Penyelamat
Permainan menarik berkonsepkan keselamatan jalan raya di booth Puspakom
Penerangan di booth JPJ
Sesi ceramah yang disampaikan pihak MIROS
Antara hadirin yang mendengar ceramah
Brader ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Walaupun program ini dianjurkan pada hari bekerja, siswa-siswi tetap turun mendengar seminar dan involve dengan aktiviti bila kelas dah habis. Aktiviti kesedaran seperti ini wajar diteruskan. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment