Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Haa, pada 5 Oktober 2013 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung satu event di Manara S&T UiTM. Program ni anjuran Japanese Language Society (JLS) UiTM dan Akademi Pengajian Bahasa UiTM.
Selain aktiviti jualan barangan dan makanan bertemakan Jepun, aktiviti lain seperti cosplay, nyanyian dan syarahan dalam Bahasa Jepun turut berlangsung. Memang berbakat laa siswa-siswi yang belajar Bahasa Jepun ni brader tengok.
Mari, kita tengok gambar sikit :
Banner program. Err, sapa tahu watak cerita apa yer?
Demo dan jualan kraftangan Jepun
Demo kimono
Antara cenderamata program
Button badge watak-watak anime dan manga
Jualan CD anime turut mengambil tempat
Cosplay time, yearghhh
Watak Ken dari Street Fighter
Poster program
Walaupun hari cuti, pengunjung tetap ramai
Kemeriahan jelas terasa
Walaupun program ini dianjurkan di peringkat dalaman dan tertutup, kemeriahan tetap terasa. Brader sempat beli button badge Kenshin dan Tomoe Himura yang rare. Kalau dianjurkan kat luar dan terbuka, tentu lebih ramai yang tertarik termasuk brader Khairul GM dengan cikgu Angel Beats de Mira. Hehehe..
No comments:
Post a Comment