09 July 2011

Sekitar Karnival Pendidikan Sabak Bernam 2011

Apa khabar semua, lama juga aku tidak menulis di blog. Pada 2 Julai 2011 lepas, aku pulang ke kampung. Yang menariknya, kengkawan kampung bagitau ada pesta buku kat Dewan Seri Bernam. Aku kata kepada mereka, "..ini sudah bagus, tentu ada tawaran menarik.."

Petang tu jugak, aku ke sana, kebetulan kawan sekampung, Ustaz Bustanul ingin membeli buku, jadi dia offer aku tumpang Saga die. Bosan kalau pegi sorang katanya.. Tau pun..hehe. Kain rentang menunjukkan program sebenar bertajuk Karnival Pendidikan Sabak Bernam 2011. Sebenarnya event ni dah bermula sejak 30 Jun 2011 dan bakal berakhir 3 Julai 2011. Kebetulan di Dataran Tonggak Sepuluh tak jauh dari dewan juga berlangsung Fiesta Sabak Bernam yang menganjurkan berbagai aktiviti.

Aku tengok orang ramai memang ramai petang tu, meliputi golongan ibu bapa, murid sekolah, guru-guru dan ramai lagi yang berpusu-pusu dengan tujuan yang satu; melihat dan membeli buku! Pameran buku-buku meliputi pelbagai genre seperti buku akademik (Penerbit Cerdik, Didik, Sasbadi, dll), buku umum (PTS Publication dll), buku agama, komik (MOY Publication, Upin & Ipin) dan sebagainya. Pendek kata memang meriah dan keseluruhan sudut dalam dewan digunakan sebaiknya.

Aku membeli buku latihan SPM untuk adik yang peksa tahun ni dengan buku rujukan UPSR dan latihan UPSR buat adik yang akan peksa tahun depan, bagi dia semangat sket..hehe.. Ustaz Bustanul turut membeli buku pada kunjungan kami. Aku kira, pengunjung lain turut berpuas hati, masakan tidak, Cerdik Publication menawarkan diskaun sehingga 40% pada karnival ini, buku baru (2010 & 2011) pulak tu. Kata promoter bila aku tanya, beliau mengatakan harga jualan hari ini khas untuk karnival ini sahaja sebab untuk membantu pelajar-pelajar dan keluarga di daerah Sabak Bernam yang majoriti daripada golongan petani (termasuk aku). Kira CSR la ni.

Aku mengucapkan syabas kepada penganjur diatas penganjuran karnival ini. Sebagai ank daerah Sabak Bernam, diharapkan lebih banyak program seumpama ini dianjurka pada masa hadapan. Maaf kerana tidak dapat menyertakan gambar pada entry ini.

1 comment:

  1. alamak gaya penulisan kurang menarik...(name pun comment kan)santai ke gaya penulisan ni tp x boleh nak attract people continue to read.
    try cr cite yg org x biase denga.mesti best...
    eheheheehe... :)

    ReplyDelete