22 July 2013

Pertandingan Motor Tercantek Sempena Open House Raya Riders United

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Haa, brader baru dapat info dari Encik Khairul GM Event Management pasal acara seperti tajuk di atas. Event kawan-kawan untuk kawan-kawan. Mari kawan-kawan.. Heheh.. Detail dia seperti berikut :

Event : Pertandingan Motor Tercantek Sempena Open House Raya Riders United .
Venue : Dataran Jitra , Kedah.
Date : 24/8/2013 ( Sabtu ) INI ADALAH TARIKH TERBARU 
Time : Bermula 10am (12pm to 4pm - masa pertandingan)

Kategory motor ( all kind of bikes ) 1st to 5th
1) Sticker Open
2) Can spray open
3) Airbush open
4) Klasik open

Prizes :
1st RM200 + Trophy + sponsor goodies
2nd RM150 + Trophy + sponsor goodies
3rd RM100 + Trophy + sponsor goodies
4th & 5th tropy

Register : FREE !!

Others event :
>Gymkhana motor by Wazi.
>konvoi bermotor
>garage sales
>Persembahan TATU ATM
>Police motorshow
>lucky draw
>Concert by XPDC
>Show off autoshow kereta

Autoshow motor call : Khairul 019 5712256
Others event call : 017 3564784


**30 booths ditawarkan secara PERCUMA..dgn syarat peniaga hendaklah menjual product yang berkaitan dgn motor sahaja, sila hubungi Encik Khairul sekiranya berminat **

15 July 2013

Apa Yang Pemilik Yamaha 135 LC Perlu Tahu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Rasanya belum terlewat untuk brader mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin muslimat. Brader agak busy untuk update blog ni, bukan apa, dengan komitmen kerja yang memerlukan fokus yang lebih. Terima kasih kepada para pembaca yang tolong update ngan jawab komen daripada pembaca lain. Zillion thanks. 

Untuk kali ni, sempena bulan puasa ni dan tak lama lagi nak berhari raya, brader kongsikan maklumat daripada Hong Leong Yamaha daripada kedai motor yang baik dengan brader, pasal penyelenggaraan Yamaha 135 LC. Ada bengkel yang share info macam ni, ada gak yang kedekut ilmu, apapun, brader kongsikan dengan korang : 


Sila klik pada gambar untuk membesarkan imej. Nak save pun boleh

 Sambungan. Sila klik pada gambar untuk membesarkan imej. Boleh save pastu kongsi dengan kengkawan

Antara perkara yang menarik perhatian brader ialah :

1. Air filter memerlukan penyelenggaraan yang kerap jika korang kerap bawak moto dalam persekitaran yang basah, lembab dan berdebu.

2. Ganti brake hose setiap 4 tahun.

3. Gantikan coolant menggunakan Yamaha Genuine Coolant setiap 3 tahun (tentu ada justifikasi kenapa mesti menggunakan coolant yang asli dan setiap 3 tahun tukar, bukannya setiap bulan)

4. Penyelenggaraan brek hidraulik (disc brake)
   * Cek selalu terutama paras cecair brek berada pada paras yang sesuai.
   * Setiap 2 tahun ganti komponen brek dan cecair brek.
   * Selain tempoh 4 tahun, brake hose boleh diganti lebih awal sekiranya ada kerosakan.

Semoga perkongsian yang simple ni dapat memberikan manfaat. Pahala pun dapat. Jumpa lagi.