28 April 2012

Keenakan Masakan Cina Muslim Al-Munawarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Ha, kali ni brader nak kongsikan dengan pembaca semua berkenaan sebuah restoran yang menyajikan masakan Cina di Seksyen 10 Shah Alam, Selangor. Restoran ini dimiliki oleh Ustaz Daud Lin dan brader mula ke sini sejak tahun 2010 kalau tak silap iaitu bila restoran ni keluar di surat khabar. 

Bagi yang teringin menikmati masakan Cina tetapi was-was dengan restoran yang ada, brader sarankan korang ke sini sebab kompem Ustaz Daud Lin ni muslim. Brader pun pernah bersua dengan owner restoran ni bahkan beliau tolong serve makanan sekali jika waktu puncak dan staf beliau menguruskan pesanan pelanggan. 

Masakan Cina seperti resepi Kong Bao, Kam Heong yang popular disajikan dalam bentuk menu berasaskan ayam, ketam dan makanan laut. Selain itu, menu itik panggang istimewa dan air minuman Luo Han Guo turut boleh didapati di restoran ini. Oh ya, lokasi restoran ini di belakang Hotel Concorde bersebelahan kawasan parkir. 







Semoga restoran ni terus maju dan Ustaz Daud Lin terus sukses. Buat para pembaca, bawalah rakan-rakan atau family korang ke sini. 

24 April 2012

Godaan Lontong Meru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Korang suka lontong tak? Brader percaya korang memang suka lontong. Macam-macam resepi lontong ni kan? Daripada yang tradisional hinggalah kepada resepi lontong yang lebih kontemporari dan moden. Apapun, lontong tetap lontong. 



Kalau yang tinggal di sekitar Meru, Klang tentu biasa dengan warung lontong ni kan? Terletak di persimpangan utama pekan Meru, di Jalan Hamzah Alang, di sebelah sekolah jenis kebangsaan Cina, lokasinya sedikit tersorok. Namun, bagi yang biasa itu bukanlah masalah utama. 


Brader dah biasa dengan warung ni sejak tahun 2009 masa jadi guru sandaran tidak terlatih dulu. Resepi lontongnya asli. Nasi yang digunakan bukanlah daripada ketupat segera tetapi buatan sendiri dan dibalut dengan daun. Brader suka lontong ayam warung ni berbanding lontong special yang ada sambal sotong.


Selain lontong sebagai menu utama, warung tersebut turut terkenal dengan nasi lemak dan roti canai. Pembuat roti canai ni memang ramah, pantang brader datang je mesti tanya brader ada pergi memancing ikan kat mana-mana ke. Kira dia selalu update dengan brader jugalah.



Last brader datang minggu lepas, brader sempat bisik kat tokeh warung untuk bukak lontong ni kat Shah Alam dan rupanya memang dalam perancangan beliau. Apapun, selamat maju jaya brader ucapkan. Lain kali kalau turun Meru lagi brader nak pau kawan brader, Ezril untuk lontong ayam barang sepinggan dua. Heee.. 

Mari Ke Artisan Bazar Karnival 2012, Kompleks PKNS Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beberapa hari yang lepas, brader perasan banner yang dipasang di sekitar Shah Alam. Ia berkenaan Artisan Bazar Karnival yang sedang berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam. Ia berlangsung dari 6 hingga 29 April 2012. Tataplah gambar-gambar di sana :







Banyak barangan yang menarik ada di sana, daripada barangan deko hingga kepada pakaian, harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Buat yang tinggal di Shah Alam, silakan ke Kompleks PKNS beramai-ramai.

Kalau Parking Motor..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Kalau parking motor jangan parking lama-lama, 
kalau orang dah berkenan alamat dah tak jumpalah motor anda,
hantarkan rombongan polis dengan segera (untuk meronda),
kalau dah terlambat motormu disambar buaya..
(nyanyi ramai-ramai ikut lagu Kalau Berpacaran)

Ha, kali ni brader nak ajak rakan-rakan renungkan bersama perihal keselamatan motosikal kita. Brader rasa semua orang sayangkan motosikal masing-masing. Percaya atau tidak, motosikal ni merupakan antara barangan kegemaran untuk dicuri. Kalau tak dibuat berlumba, dileraikan kepada komponen-komponen yang lebih kecil bagi menjana pendapatan. 


Kalau nak meletakkan motosikal dalam satu jangkamasa yang lama, letakkan ia di kawasan yang sibuk dan senang dilihat orang ramai. Meletak motosikal di kawasan terlindung amat disukai pencuri dan memudahkan mereka melakukan kerja. 


Selain itu, melengkapkan motosikal dengan penggera juga merupakan salah satu langkah pencegahan yang efektif. Bunyi penggera boleh membantutkan usaha pencuri untuk mendekati motosikal kita. Harga penggera juga semakin berpatutan mengikut kemampuan masing-masing.


Kesimpulannya, berikhtiarlah sebaik mungkin dalam melindungi motosikal korang. Memanglah motosikal ada insurans, tapi kalau banyak komponen hilang, banyak juga kos nak membeli enjin, tayar, rim yang baru. 

21 April 2012

Baik Buruk Motosikal Yamaha 135 LC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Anda bercadang nak beli kapcai baru? Ataupun kapcai terpakai. Tentu motor kapcai 125 CC ke atas yang anda berkenan. Mari, brader bantu dengan sedikit panduan. 


Janganlah terkejut dengan tajuk entri di atas yang nampak kejam. Bukan niat brader nak mengkondem. Sekadar berkongsi dan memberikan kritikan membina. Mungkin ada yang bertanya, siapa brader nak bagi pendapat waima komen.


Brader punyai kredebiliti, sebab brader pemilik Yamaha 135 LC. Jika tidak percaya, tanya kawan-kawan brader, pomen brader (Storm Biker Shah Alam ngan Marvellous One Shah Alam, Creative Makeover dan Bike Perfect yang buat design cover moto brader stail AGV 5 Continent Rossi) termasuk pak guard sebab motor brader direkodkan.


1. 135 LC Ada Liquid Coolant... Ko Ade?
Kalau takde pun tidak mengapa. Memanglah moto boleh pi jalan jauh, long distance lagi. Cuma, bila berlaku coolant leakage (leakage cecair coolant berlaku dengan senyap, sampai mak mertua lalu pun tak perasan, dia tak menitis ke lantai tapi masuk ke dalam minyak hitam) cecair coolant akan bercampur dengan minyak hitam dan akan mengakibatkan enjin jem bila dah terlewat. Omboh akan calar dan perlu diganti. Kos pembaikan yang terlibat memakan ratusan ringgit. Kalau tidak percaya, boleh tanya geng 135 LC yang ada pengalaman dengan kes ni.


2. 135 LC Ada Aksesori Coolant Cover Dan Engine Cover
Yang ini kalau tak pakai lagi elok. Memang laa banyak bengkel yang akan rekemen korang pasang engine cover dengan coolant cover biar motor korang lagi cantik dan mengancam. Tapi, Hong Leong Yamaha Malaysia tak pernah approve pun benda tu. Satu bengkel Yamaha kat Klang siap tunjuk lagi dokumen daripada HLY yang mengatakan engine cover ngan coolant cover ni boleh bawak kesan sampingan in long term. Jadi, korang leh la tanggalkan aksesori tu.



3. 135 LC Ada Ekzos Cover Yang Cantik
Memang la cantik. Tapi kalau korang perasan, banyak motosikal 135 LC yang ekzos cover dia dah takde. Mungkin korang ingat sebab saja cabut atau nak nampak carbon look. Sebenarnya ekzos cover tu boleh tertanggal dengan sendirinya (skru akan longgar bila dah lama pakai motor). Jadi pemilik akan keluar duit lagi untuk beli ekzos cover yang baru...dan akan tertanggal lagi.


4. Banyak Coverset Custom Untuk 135 LC Ni
Banyakkkkk... Tapi renungkan pengalaman kawan brader ni. Dia beli 135 LC, lepas tu terus berkenan dengan coverset custom design yang harganya sekitar RM380 lebih kurang. Bila pasang dan pakai, tengok-tengok tak match dan coverset tu bergegar dan longgar, macam dah pakai motor selama 10 tahun. Sebenarnya coverset custom ni bukan coverset ori, ia lebih kepada coverset kilang. Jadi, memang ada risikonya.


5. 135 LC Ini Menggunakan Blok Diasill (Menyerap Haba)
Tapi, bila blok korang bermasalah, korang takleh korek blok macam motor-motor kapcai lain. Korang kena ganti blok baru dowh... 


6. Saya Baru Tukar Upside-Down Fork Kat 135 LC Saya
Korang pakai fork yang asal lagi bagus. Upside-down fork ni untuk main autoshow je. Bila korang bawak LC yang ada upside-down fork ni, kalau cornering, korang akan rasa bergegar dan macam fork nak tercabut. Jadi, takde gunanya, membahayakan diri dan motor ade laa.. 


Kesimpulannya, korang nilaikan sendiri sama ada korang nak beli 135 LC ni atau tidak. Rujuk rider-rider yang biasa dengan jentera ini untuk membantu kalian membuat pertimbangan sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Bengkel Persatuan Dalaman Fakulti Kejuruteraan Elektrik 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Pada 13-15 April 2012 yang lalu, satu bengkel persatuan dalaman telah diadakan khusus buat persatuan dalaman Fakulti Kejuruteraan Elektrik. 

Selain sebagai perancangan strategik setiap persatuan hingga melangkaui 3 semester mendatang, bengkel ini juga sebagai platform bagi membincangkan aktiviti secara bersama yang akan berlangsung. Saya telah diamanahkan sebagai pegawai pengiring dan sebagai sebahagian urusetia pelaksana. 














Sebagai kesimpulan, bengkel tersebut berjalan lancar dan para peserta dan penasihat persatuan memberikan kerjasama yang amat cemerlang dan seterusnya memastikan objektif penganjuran program ini tercapai. Terima kasih juga kepada rakan urusetia yang bertungkus-lumus sepanjang program berlangsung.

From Bagan Lalang With..Rengit.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Kali ni brader ingin melaporkan kehadiran brader dan rakan-rakan ke Bagan Lalang, Sepang, Selangor. Alaa, yang popular dengan Palm Goldcoast tu. Apa yang brader lihat tempat memang menarik, masih hijau dengan flora diselangi dengan kicauan fauna.. Hee.. Tataplah gambar-gambar yang brader snap sepanjang melihat dan meninjau : 



























Cuma, yang brader perasan, harga barang daripada nenas, sayur hatta ke barangan cenderamata agak mahal. Kata Hj. Abbas, mungkin kerana Bagan Lalang ni sebagai kawasan pelancongan, jadi harga barang jadi mahal. Brader memang akui hakikat tersebut. Tentang lokasi yang agak jauh daripada jalan utama atau mengikut Banting, mungkin laluan alternatif boleh diadakan.