07 November 2013

Kehijauan Di Teratak Afrina

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Apa khabar semua? Brader harap semua dalam keadaan sihat hendaknya. Oh ya, kali ni brader nak kongsikan berkenaan Teratak Afrina atau nama penuh dia Chalet Teratak Afrina Recration & Training Centre (Homestay).

Beralamat di Lorong Hashim Ismail, Simpang Empat, Anak Kurau, 34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan, Teratak Afrina ni memang terkenal. Diuruskan oleh Ceria Perkasa Enterprise dan boleh dihubungi di telefon 019-4490944 / 019-4549467, faks 04-6444441, emel di cperkasa_08@yahoo.com serta laman web di http://www.chaletteratakafrina.com.my, chalet ini merupakan lokasi yang ideal bagi menjalankan kursus motivasi, kem dan teambuilding

Tak kenal maka tak cinta. Ha, silakan menatap gambar :

 Ruang makan yang sangat selesa, boleh jadi kelas juga

 Pondok rehat yang boleh dijadikan tempat perbincangan aktiviti berkumpulan

 Geng brader yang ikut program baru-baru ni

 Pengiktirafan dan penghargaan dipaparkan

 Pemandangan dewan makan dari luar, mengambil konsep kapal atau bahtera

 Chalet premium yang biasa dijadikan penginapan urusetia atau homestay

 Surau yang selesa

 Chalet berbentuk moden

 Chalet berbentuk tradisional

 Kolam hiasan berhampiran chalet tradisional

 Lagi chalet tradisional berkonsepkan rumah negeri Perak

 Pemandangan dari dekat

 Beca motosikal

 Salah satu sudut menarik

 Oh ya, daerah Larut Matang Selama ni memang kerap hujan

Burung ape? Burung merak.. Burung ape? Burung merak

Ha, apa tunggu lagi? Kehijauan dan kedamaian suasana hutan di sekitar membangkitkan aura positif dalam diri di samping lari sekejap dari kesibukan kota. Selain entri brader ni, banyak blogger yang dah sampai ke sini. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment