01 February 2011

Selangkah Ke Karnival Karangkraf 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Buat pertama kalinya dalam bulan Januari 2011 yang lepas, Karnival Karangkraf membuka minda dan beg duit penggemar produk Karangkraf, tak kira la Alaf 21, Karya Bistari mahupun 'line up' majalah kumpulan Karangkraf.


Walaupun hari mendung pada 29 Januari dan hujan pada 30 Januari (brader datang 2 hari tu), warga Shah Alam dan daripada lain-lain tempat terus membanjiri tapak pesta. Yang menariknya, peminat sanggup beratur panjang demi sebuah tandatangan daripada penulis kegemaran masing-masing (terima kasih Encik Ramlee Awang Murshid kerana sudi sign novel Rayyan Fantasi yang saya beli).
Brader rasa, penganjuran karnival ni banyak membantu, terutama untuk memperkenalkan produk baru disamping mengekalkan dan memberitahu peminat bahawa produk yang dikeluarkan sebelum ni masih ada. Diskaun 30% yang ditawarkan memang menarik hati dan mengujakan sukma.. heheh..
Encik Ramlee membalas ucapan semoga sukses brader dengan ucapan terima kasih. Memang teruja bila dapat melihat novelis thriller no.1 Malaysia yang mampu menulis sehingga 20 naskhah karya. Sedangkan brader punya projek N pun dah bertahun terbengkalai. InsyaAllah, brader kena aktifkan balik project N brader nih..
Diharapkan purata rakyat negara kita yang membaca sebanyak 2 buah buku setahun dapat dipertingkatkan selepas ini. Masyarakat membaca adalah masyarakat berilmu.. KUBUKU BUKU..

1 comment:

  1. kitorg memang ade buat motoshow tuh every year... hr tu awal tahun yg terbesar la PSK... nnt if ada lagi i let u noe..

    ReplyDelete