25 March 2012

Restoran Radix Fried Chicken Dah Ada Di Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Benar, Restoran Radix Fried Chicken atau lebih dikenali dengan nama RFC telah dibuka di Shah Alam. Lebih tepat lagi di Seksyen 7 Shah Alam. Butiran RFC Shah Alam Adalah Seperti berikut :

  • Alamat :
No. 2, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7 Shah Alam,
Selangor
(Landmark : Restoran Hakim yang baru / bangunan Restoran Mo'men)
  • Waktu Operasi :
Isnin-Khamis : 10 pagi-1 pagi
Jumaat-Ahad : 10 pagi-12 tengah malam

Apa yang menarik tentang RFC ini ialah ia menggunakan ayam organik yang dihasilkan sendiri di HPA Farm yang bebas daripada penggunaan beta agonist (enzim penggemuk dari babi) di samping penggunaan radix cola sebagai alternatif kepada penggemar minuman ringan. Berikut adalah sebahagian daripada foto ketika brader dengan kawan-kawan ke sana baru-baru ini.











Diharapkan dengan pembukaan Restoran RFC di Shah Alam dan di tempat-tempat lain dapat membantu merancakkan ekonomi Islam di samping memenuhi tuntutan syarak, itu yang lebih penting. Brader teringat kata-kata hikmah yang berbunyi :
"Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam"
Moga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment