31 May 2012

BALADA PYANHABIB - Sebuah Ulasan Buku


Judul                 : BALADA PYANHABIB
Nama Penulis : Pyanhabib
Penerbit            : Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
Harga                 : RM 25.00

Bila mula membaca buku ini, pembaca seakan-akan turut diajak oleh saudara Pyanhabib untuk sama-sama membaca dan mentafsirkan kata-kata puitis yang dinukilkan di dalam buku ini. Pada suatu ketika, pembaca akan teruja dan turut berasa ingin menuturkan bait-bait puisi indah yang dicoret kemas oleh beliau. 

Dengan konsep dan rekabentuk menarik dan abstrak hasil kreativiti Sinaganaga, setiap helaian buku terkandung sebuah puisi dan sebuah gambar. Usai membaca puisi, pembaca akan turut menatap gambar-gambar menarik yang disusun rapi umpama mengikut sebuah kronologi. Gambar-gambar lama yang memaparkan saudara Pyanhabib dan orang perseorangan mahupun peristiwa melibatkan beliau dilihat seperti sebuah puisi yang tidak ternukil tetapi terpotret untuk ditafsir maksudnya. 

Puisi yang diutarakan sedang, senang dan mudah untuk dibaca. Tidak terlalu panjang, bahkan ada yang pendek sahaja puisinya tetapi penuh makna. Karya yang kebanyakannya berhubung tentang masyarakat, kemasyarakatan dan orang perseorangan waima peristiwa dititip dengan penuh seni - gaya Pyanhabib. 

Jika ada tagline atau slogan bagi buku ini, inilah yang akan saya berikan : 
Buku ini wajar dimiliki kerana... bersama Pyanhabib menongkah arus kemasyarakatan, kisah benar dan jujur menjadi paparan, gambar dikongsi berkongsi tafsiran, kritik dikongsi berkongsi kritikan.

4 comments:

  1. Terbaik saudara!! Nama saudara ngan Pyanhabib serupa, what a coincidence =)

    ReplyDelete
  2. Lepas I baca ulasan U, terus I nak dapatkan buku nih.. ITBM, please consider him as I like his comment about the book..

    ReplyDelete
  3. cm best jer pian...boleh dpt dimana yer?
    Pls let me know. Thanks

    ReplyDelete
  4. Boleh didapati kat kebanyakan kedai2 buku, terutama yang besar. Rujuk website ITBM

    ReplyDelete