23 June 2012

Karya Seni Hasil Guna Semula Barangan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Entri kali ni brader nak tunjuk sikit tentang kreativiti orang kita menghasilkan hasil seni dalam bentuk sculpture daripada bahan dan barangan terbuang. Kira dah jadi konsep guna semula barangan. Kalau korang biasa guna jalan besar Kapar-Kuala Selangor-Sabak Bernam-Teluk Intan, tentu korang perasan sculpture ni di kawasan Sungai Buloh (Kuala Selangor ye). 

 Brader suka tengok yang ni, kayu dan besi bergabung

 Punya makna tersirat di sebalik hasil seni

 Banyak barangan yang digunakan semula dalam karya ini

 Hampir semua sculpture disusun menegak

 Subjek ditonjolkan di atas besi yang ditegakkan 

 Selain rumah, kapal turut dipertontonkan

 Basikal yang kelihatan melalui dawai dalam keadaan terbalik punyai tafsiran yang pelbagai

 Selain karya seni, unggas turut menjadikan ia sebagai tempat persinggahan. 

Syabas brader ucapkan kepada orang atau kumpulan yang berusaha menonjolkan hasil seni ni. Penggunaan barangan terbuang dan kemasan cat diaplikasikan dengan baik sekali. Lokasi di kawasan lapang bersebelahan lampu isyarat menyebabkan karya ini selalu ditatap pengguna jalan raya. 

1 comment: