27 August 2012

Baraan @ Jalan-Jalan Raya @ Ziarah Raya 2012

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. 

Masih bercerita pasal Hari Raya Aidilfitri. Kali ni brader nak cerita tentang baraan @ jalan-jalan raya @ ziarah raya. Walaupun berbeza sebutan, mungkin kaedah juga ada perbezaan, namun matlamat tetap sama iaitu berkunjung merapatkan silaturrahim disamping bermaafan di hari lebaran. 

 Tahun ni baraan naik rumah brader pada hari raya ke-2, sebelah pagi

 Mi goreng sebagai main dish, brader sponsor wedges dengan sos keju

 Tembikai sebagai pencuci mulut

 Time mengemas lepas baraan. Tuu diaaa... licin cheezy wedges brader 

 Sambutan yang meriah kepada hidangan

 Kat rumah salah seorang ahli kariah masjid

 Autoshow free sebab motosikal banyak.. Hehehe

 Motosikal kapcai ni senang meredah jalan kampung

 Bersalam dengan tuan rumah semasa masuk ke rumah

 Meriah betul baraan kat kampung brader, kariah besar la katakan

 Yang menarik bila naik rumah yang dikunjungi, tak kira miskin kaya

 Tahun ni brader bawak adik bongsu brader ikut

 Salah satu rumah tumpuan, tiap tahun makan nasik kat rumah ni

 Budak-budak seronok sakan

 Brader ngan member ustaz

 Rumah ni pula ada membela arnab

 Bro Madon, senior brader time sekolah dulu

 Macam keduri dah.. Hehehe

 Rumah Pak Sungip, pekena mini Walls Cornetto

 Rusuhan duit raya turut berlaku.. Hehehe

Rumah pak imam menjadi destinasi wajib baraan

Begitulah rutin baraan kat kampung brader yang tercinta di Sungai Nipah. Suasana desa yang mesra ditambah dengan karenah adik-adik kampung berhari raya menghidupkan suasana hari raya. Salam lebaran semua. 

2 comments: