09 September 2012

Teater Lagenda : Dari Layar Ke Pentas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Korang minat teater tak? Ahahaa, jangan la pikir lama-lama sampai berkerut dahi, lagi parah sampai main cabut-cabut kelopak bunga nak menentukan suka atau tidak. Brader minat teater, cuma brader ingat-ingat lupa bila kali terakhir brader tengok teater sebelum ni. 

Pada malam 8 September 2012, brader berkesempatan untuk menonton Diploma Showcase pelajar semester akhir Fakulti Filem, Teater Dan Animasi UiTM di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. Uniknya di sini, Teater Lagenda bertemakan Dari Layar Ke Pentas, membawa 4 karya Allahyarham P Ramlee iaitu Ibu Mertuaku (episod 1), Ali Baba Bujang Lapok, Musang Berjanggut dan Keluarga 69. Meh, tatap gambar-gambar yang ada : 

 Tiket untuk pementasan, RM 15.00

 Suasana penuh sesak sebelum masuk ke dewan. Ramai penonton yang hadir

 Pameran dan info setiap pementasan turut disertakan

 Ni barisan pelakon teater Musang Berjanggut

 Ketika mula mengambil tempat

 Penonton daripada luar, staf UiTM dan pelajar jurusan lain turut hadir bagi sokongan

Brader turut membeli T-Shirt yang dijual, bagi sokongan kat adik-adik pelajar

Secara keseluruhannya, bila brader tengok teater ini brader enjoy dan ia tidak membosankan. Elemen kontemporari disuntik menjadikan teater ini segar di samping tidak mengubah plot naratif. Elemen humor dan kejutan menjanjikan kelainan kepada para penonton. Bagi yang belum berkesempatan menonton, jangan risau, ada 2 pementasan pada hari akhir iaitu 9 September 2012 pada jam 3.00 petang & 8.30 malam. Rujuk Facebook Teater Lagenda, Sang Artisan Production.blogspot.com atau saudara Nizam di 017-2309744 bagi info lanjut dan pembelian tiket. Selamat menonton.

1 comment: