29 October 2012

Nasi Ayam Sedap, harga patut Di Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Korang suka nasi ayam? Mari, brader tunjukkan kedai nasi ayam yang tengah naik dan dapat perhatian, khususnya student kat area Seksyen 7, Shah Alam. Nama kedai dia Restoran Nasi Ayam Kukus Seri Yasmin.

Pemandangan daripada luar restoran

Terletak di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, restoran ini pantas menjadi pilihan. Untuk pengetahuan, harga promosi pembukaan iaitu RM4.90 untuk set nasi ayam + sirap masih berlaku hingga ke hari ini. Brader pun pernah ke sini untuk menikmati sendiri nasi ayam tersebut.

 Walaupun harga murah, kuantiti dan kualiti tetap terpelihara

Apa kelebihan nasi ayam kat restoran ni? Haaa, nasi dia lembut sebab dikukus. Begitu juga ayam yang digunakan, tidak keras. Selain itu, kicap dan sos yang istimewa ala-ala hainan menambahkan lagi kesedapan hidangan.

 Nasi dan ayam yang lembut disulam dengan kicap, sos dan sup istimewa

Syor brader, korang bawalah famili atau kengkawan korang datang sini, memang puas hati. Murah pula tu.

8 comments:

  1. Memang betul apa yang brader katakan... Boleh dikatakan setiap minggu kami sekeluarga menikmati hidangan nasi ayam di sini... terutamanya anak perempuan no. 2 saya yang tidak pernah jemu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Encik, beritahu kawan-kawan. Kita bantu orang-orang kita yang meniaga nih.

      Delete
  2. pusat komersial sek 7 ni kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat bertentangan pintu belakang UiTM, sama tempat dengan KFC/Pizza Hut, Shell & Esso. Lokasi kedai kat sebelah kedai printing, layer ke-3 daripada depan (Restoran Khalifah)

      Delete
  3. bole try ni nnt.. mcm nasi ayam hainan ke? sebelum ni try nasi grg ayam panggang kt kedai kopi pak ngah seksyen 8 berhampiran ipk selangor tu.. mmg puas hati. len kali bole dtg lg. kalo mkn tghari pn ok gak.

    ReplyDelete
  4. ada pilihan ayam stim x?

    ReplyDelete
  5. Boleh ke kalau buat tempahan untuk nasi ayam ni?

    ReplyDelete