Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kali ni brader nak kongsikan berkenaan ILDAS iaitu Institut Latihan dan Dakwah Selangor sebab pada 15-16 Oktober 2012 yang lepas brader mengikuti Kursus T.O.T yang dikelolakan oleh pihak JAIS. Kalau tak silap, nama asal ILDAS ni ialah Pusat Dakwah Selangor dan sekitar tahun 2000 ditukar kepada nama sekarang. ILDAS terletak di Sungai Lang, dalam Daerah Sabak Bernam Selangor. Silalah tatap gambar-gambar berikut : 
Pemandangan indah daripada sudut dataran
 Peraturan sahsiah rupadiri ILDAS
 Poster pelaksanaan Sistem Merit
 Anugerah staf cemerlang bulanan turut dipaparkan
 Borang penilaian kursus
 Aktiviti LDK turut diadakan
 Pemandangan surau ILDAS daripada jauh
 Salah satu blok asrama
 Latihan penyediaan sebelum simulasi persembahan berlangsung
 Hari itu, 3 kursus berlangsung
 Poster kursus
 Poster larangan merokok yang detail
 Malu bertanya sesat jalan
 Poster bimbingan turut dipaparkan
 'Penghulu' sedang membentang
Ustaz Shahrom dengan pembentangannya
Kali pertama brader ke sini pada tahun 2001 ketika kursus kepimpinan pengawas dan exco asrama dahulu. Dah 10 tahun barulah brader ke sini sekali lagi. Bagi yang berminat mengikuti kursus atau mencari tempat untuk menganjurkan kursus, rajin-rajinlah tengok website ILDAS. Memang sesuai dan damai untuk berkursus di sini. 
















No comments:
Post a Comment