03 December 2012

Apa Sudah Jadi Dengan Restoran Sekinchan Ikan Bakar Seksyen 7 Shah Alam?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sambil brader belek-belek surat khabar Sinar Harian bertarikh 15 November 2012 bertajuk belakang 'Harimau Malaya terus gagal cipta kemenangan APA SUDAH JADI', brader terus dapat ilham untuk buat tajuk entri ni. Usai 15 November dan Harimau Malaya pun telah mengembalikan semangat kemenangan, cuma brader masih tertanya-tanya akan perkhabaran Restoran Sekinchan Ikan Bakar. 

Sejujurnya, brader bukan nak cerita tentang politik waima kontroversi yang menghambat restoran ni, cuma brader yang merupakan lokaliti (meminjam Bahasa Indonesia) Daerah Sabak Bernam rasa sedih melihatkan restoran ni yang kecundang satu-persatu cawangannya. Terbaru di Seksyen 7 Shah Alam. Tanpa mengulas panjang, cukuplah andai brader membiarkan foto-foto berikut bercerita :

 Banner besar yang tersergam indah telah ditanggalkan

 Restoran yang telah ditutup dalam 2 bulan

Suasana sepi...

Apapun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sewajarnya setiap daripada kita bermuhasabah dan merenung diri kita kembali kerana yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada diri kita sendiri yang kurang ilmu, iman dan amal. Jumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment