08 July 2012

Burger Bakar Kini Di Shah Alam. Biar Betul?!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. 

Mengapa sanggup berjalan lebih demi mendapatkan burger bakar yang enak? Dengan tol dan kos petrol yang meningkat, lebih baik dapatkan produk yang serupa di lokasi berdekatan. Berita baik kepada peminat burger bakar, kini dah ada burger bakar di Shah Alam. Lebih tepat lagi, di seksyen 7. 

Berdasarkan pemerhatian brader, ada dua gerai yang menjual burger bakar ni. Yang pertama terletak berhadapan Pasaraya Giant Seksyen 7 (dulu Pasaraya Bintang) di Pusat Komersial Seksyen 7. Yang lagi satu terletak di tapak pasar malam Seksyen 7, nama gerai dia Ori Burger Bakar . Gerai KL Burger Bakar yang brader view dulu dah pindah pulak dah.

 Yang kat depan Giant ni nama gerai dia Burger Bakar Power 

 Pekerja yang tak menang tangan menguruskan pesanan

Yang ni burger bakar ayam, harga bermula RM7.50. Patti adalah buatan sendiri 

 Ori Burger Bakar di tapak pasar malam Seksyen 7 Shah Alam

 Kebersihan gerai tetap diutamakan

 Bagi yang mencari burger bakar harga patut, silakan ke sini. Harga bermula RM 5.00

Oh ya, kenapa mesti burger bakar? Ia menjadi fenomena dan trend masakini disebabkan daging patti dia yang dibuat sendiri dan memang besar dan tebal. Berbanding daging burger yang biasa buatan Ramli, Bulan Purnama atau Fussypeam, burger bakar ni memang 100% daging, tidak bercampur lemak. 

Selain itu, mengapa daging burger bakar ni jadi kecik lepas siap dibakar? Jawapan daripada penjual di kedua-dua gerai ini ialah daging lembu mengandungi air dan apabila dibakar, air tadi mengering menyebabkan saiz patti yang besar tadi akan mengecut sedikit.

Oleh kerana dua-dua gerai ni mula bukak pada sebelah petang hingga malam, brader sarankan korang datang pada waktu yang telah dinyatakan. Selamat mencuba.  

4 comments:

  1. Replies
    1. Lepas Autoshow Karangkraf nanti aku belanja bro burger bakar, nak? hehe..

      Delete
  2. ori burger bakar seksyen 7 (tapak pasar malam)shah alam mang best!!! sy telah kunjungi nya pada awal disember baru2 ini..

    Tahniah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, saya pun dah rasa. Bagitahu kawan-kawan. Kita bantu orang-orang kita yang meniaga nih.

      Delete