13 November 2012

Pekena Mi Bandung Di Restoran Sri Bandung Seaview Pantai Batu 23

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Korang suka mi bandung tak? Banyak resepi mi bandung ni kan. Ada gaya Johor, gaya Jawa dan sebagainya. Kali ni brader nak kongsikan keenakan mi bandung daripada restoran Sri Bandung Seaview, Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Sabak Bernam, Selangor. Silakan menatap gambar-gambar berikut : 

Restoran ini menyajikan pelbagai menu berasaskan mi bandung

 Menikmati keindahan matahari terbenam usai menikmati mi bandung

Suasana pantai berbatu 

 Balik daripada Pangkor (rujuk entri Teluk Dalam Resort), brader bawak staf ke sini

 Sabar menunggu mi bandung yang best ni

 Pantai yang tidak jauh daripada restoran

 Angin laut yang mendamaikan

Tu dia, jemput makan geng

Silakan menikmati mi bandung di restoran ini. Jika korang kurang minat mi bandung terutama gaya Muar disebabkan penggunaan udang kering (geragau) yang berbau, brader jemput korang nikmati mi bandung Seaview ni sebab mi bandung dia gaya Selangor (tidak menggunakan udang kering tetapi melebihkan lada). Pasti korang datang lagi. Kepada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), tolong maintainance kawasan pantai, banyak kerosakan berlaku terutama tandas awam jika nak kawasan ini naik balik macam dulu-dulu. 

2 comments:

  1. kenangan sgt tu..berkurun dah aku xsinggah makan kat situ...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Jemputlah cuba mee bandung kuah kacang 'odeon' batu pahat :)

    Senarai Rakan niaga kami:-

    Restoran Anjung Warisan
    Jalan Petri, Johor Bahru (Belakang Yayasan Warisan Johor)
    Waktu niaga: 7.30malam hingga 12malam


    Gerai Makan MBJB Skudai Kiri
    Gerai makan No.7 (Sebelah Cimb Bank)
    Bertentang dengan Bangunan Petronas Bandar Baru Uda, JB
    Waktu niaga: 3.30petang hingga 12malam


    Teh Laris Kafe 21 Jalan Snuker 13/28, Seksyen 13, Tadisma Business park. Shah Alam. Setiap hari kecuali Ahad. 8am to 7pm


    Stall Puan Aniza Muhamad (Mamak) Sebelah Pasaraya KK, Depan Pasar Awam, Pekan Sg.Besi, Kuala Lumpur. Waktu niaga: 7malam hingga 12malam


    Kopitiam Sukand's
    62 Jalan Bandar, Port Dickson


    Restoran Syahirah
    No.8L & 8M Jalan Tun Habab, Kota Tinggi (Sebaris Ambank, berhadapan Hotel Mayres)


    Restoran Mama World
    973 Jalan S2F22, garden Homes, Seremban 2


    Warong Hijrah
    10 Medan Selera Sebelah Bangunan LHDN, Jalan Pak Sako, Temerloh

    Terima kasih

    ReplyDelete