05 January 2013

Alamak, Danger: Malware Ahead!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Rasanya belum terlewat untuk brader ucapkan selamat tahun baru masihi 2013. Dah dua tahun baru dah (Maal Hijrah 1434 dan Masihi 2013). Tahun baru dan azam memang terjalin mesra, bak isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing. Hmm, nak mulakan entri tahun baru dengan isu berikut : 

Korang pernah mengalami situasi seperti gambar di atas?

Brader kongsikan maklumat dan situasi seperti dalam gambar ni kerana brader sendiri mengalami keadaan yang sama. Kalau korang gunakan Google Chrome, kadang-kadang pasti ada paparan yang menyatakan laman web ataupun blog yang korang lawati tu ada malware dan korang diminta jangan teruskan surfing laman web tersebut. Inilah kelebihan safety features yang dimiliki Google Chrome.

Malware tu apa? Malware tu senang cakap perisian tersembunyi yang boleh curi data dan maklumat. Contohnya maklumat perbankan pengguna. Walaupun tak sama macam virus, cecacing internet dan sebagainya, malware tetap memberikan risiko.

Brader pun pernah kena? Haah, kat blog ni la. Kalau yang perasan, dalam bulan Disember 2012. Sampai brader nak close blog ni, tapi rugi pulak (masa tu dah 19K++). Jadi, brader rujuk rakan-rakan blogger untuk cari solusi.

Apa brader buat nak selesaikan masalah ni? Merujuk rakan brader, kemungkinan link atau widget luar yang brader amik untuk dijadikan paparan telah diserang malware. Jadi, brader buang semua widget luar dan gunakan widget yang blogspot bagi je. Syukurlah, masalah malware tu selesai dan blog brader kembali normal.

Begitulah kisahnya. Info untuk tahun baru. Salam tahun baru semua.

No comments:

Post a Comment