22 January 2013

Jom Makan Landak Kat Restoran Lembah Bernam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ahahaa, korang pernah makan daging landak tak? Huhu.. Tentu ada yang pernah, ada jugak yang pasti tertanya-tanya, macam mana ye rasa dia? 20 Januari 2013, lepas brader meeting ngan Mat Rapi member brader sambil-sambil sarapan roti canai, terus brader gerak ke kampung, menziarah ke dua-dua orang tua brader. Lepas Hospital Tanjung Karang, brader ikut jalan dalam tepi ban kenal, kemudian singgah la membungkus makanan kat restoran nih :

Konsep open space seperti restoran di eco resort

 Pengunjung memang penuh menikmati juadah yang disediakan

 Antara menu yang membuatkan air liur korang kecur

 Ini ialah kari landak. Rasa dia? Memang terbaik

Pemandangan di sebelah kiri brader, kawasan letak kendaraan percuma

Oh ya, restoran ni kembar dengan Restoran Selera Rimba kat Sungai Panjang tu. Menurut owner restoran, Restoran Selera Rimba diuruskan oleh abang beliau. Kepada yang nak berkunjung, Restoran ni terletak di tepi Terusan Canal Bank atau femes dipanggil ban kenal, dalam kawasan Sekincan.  coordinates GPS : N 3 42'32" E 101 10'33" korang nak lebih info atau gambar-gambar lain, sila lawat blogger-blogger yang turut experience pengalaman best kat Restoran Lembah Bernam : 
http://pageibushifaa.blogspot.com/2012/04/makanan-eksotik-di-lembah-bernam.html

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_08.htm

http://ladywa.blogspot.com/2011/07/restoran-lembah-bernam-exotic-food.html

5 comments:

  1. harga laya x bro???bila nak bawak aku plak ni???hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang layan.. Haha, ko bawak la orang umah ko.. hehe.. Aku leh bawak ko, tapi ko tolong sponsor..heeehe..

      Delete
  2. harga mahal sini woo..pegi la selera rimba kat sg.panjang...murah2..sume ade landak, kijang, burung wak wak

    ReplyDelete
  3. selera rimba!!! Lagi berlipat kali ganda mahalnyeeee....

    ReplyDelete
  4. nie kt kg aku nie,pnah makan skali je kt situ,rasa mkanan die standart je.tapi mmang mhal pon.

    ReplyDelete