Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Apa khabar semua, diharapkan semua dalam keadaan sihat sejahtera dan terus positif dalam mengharungi cabaran mendatang. Oh ya, entri kali ni brader nak kongsikan berkenaan hasil tangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Seksyen 17, Shah Alam.
Brader sangat kagum melihat hasil yang dipamerkan pada program tersebut. Jika pelajar-pelajar yang mengikuti pendidikan khas boleh menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang menarik, sewajarnya orang lain yang lebih sempurna berasa malu dan insaf. 
Jom tengok gambar :
 Poster program
 Lukisan batik karya para pelajar
 Pemegang pasu yang menarik
 Pemegang pasu untuk bunga meja turut dijual
 Pengetahuan yang dikongsikan oleh pelajar elektrik
 Pameran ini juga memberi peluang untuk berniaga dan mempromosi
 Selain pemegang pasu, pelajar juga berbakat menghasilkan bunga hiasan
 Pemegang pasu yang dijual bersama bunga sekali
 Proses penghasilan seni hiasan taman turut dipamerkan
 Sebahagian hasil tangan pelajar
 Pelbagai rekabentuk pemegang pasu ni rupanya
 Pandangan dari dekat salah satu design
 Brader dimaklumkan promosi penambahan gas aircond kereta telah dijalankan di sebelah pagi
 Selain dijual di peringkat dalaman, mereka juga sedia menerima tempahan pihak luar
 T-shirt dan mug ekslusif design bahasa isyarat
 Antara mug yang dipamerkan dan dijual sebagai cenderamata pelajar atau ibu bapa
 Siapa sangka para pelajar dapat menghasilkan batik secantik ni
 Turut mampu menghasilkan produk hiasan taman
 Lepas ni bolehlah tempah dengan SMPKV, membeli sambil beramal
 Pelajar mempamerkan bakat menghasilkan produk dari simen ferro
 Ha, ni la kelab usahawan yang menghasilkan simen ferro dengan produk taman
 Antara produk taman yang dihasilkan
 Produk kraftangan lain yang dihasilkan
Cantik bekas alat tulis ini
Amacam, kagum tak? Brader ucapkan syabas kepada guru-guru pembimbing yang berjaya membimbing pelajar hingga menghasilkan hasil seni yang sangat cantik ni. Semoga para pelajar sukses dan kekurangan diri bukan untuk dikesali tetapi sebagai motivasi untuk terus kekal bersaing. Jumpa lagi.
























No comments:
Post a Comment