Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Sejujurnya brader dah lupa bila last sekali brader datang sini. Cuma, baru-baru ini brader berkesempatan menjenguk muzium ni. Tak banyak yang berubah, ada renovation kat bangunan sebelah mungkin untuk menaikkan lagi rating muzium nih.
 Mercu tanda Sabak Bernam Waterfront 
 Pemandangan Sungai Bernam
 Rumah adat yang merupakan sebahagian daripada kompleks muzium
 Lembing Bugis turut dipamerkan dalam rumah adat 
 Alatan pertanian tradisional di sebelah bagunan utama muzium
 Teknologi yang digunakan pesawah sebelum jentera menuai padi diperkenalkan
Brader sempat merasai dan melihat penggunaan sebahagian alatan tersebut sewaktu kecil
Jika ada kelapangan terutama kepada yang bersal dari daerah Sabak Bernam, Selangor, kunjungilah muzium ini. Gambar-gambar di atas hanya sebahagian daripada koleksi pameran. Ini kerana brader tidak dibenarkan mengambil gambar dalam bangunan utama. Muzium bukan tempat menyimpan barangan lama semata-mata, ia sebuah galeri kepada sebuah peradaban. Jumpa lagi.







No comments:
Post a Comment