25 March 2012

Seusai Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun ini, seperti tahun sebelumnya Putrajaya sekali lagi dibanjiri dengan belon panas dan ribuan pengunjung sempena Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012. Pada tahun ini acara berlangsung dari 15-18 Mac 2012, 7am-9pm bertempat di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya.

Cuma yang sedikit mengecewakan, seperti tahun lepas, brader tidak dapat melihat belon panas waima menaikinya kerana pada hari terakhir acara belon panas adalah di sebelah pagi. Cuma brader dapat merakam beberapa foto dan mengambil gambar belon daripada blog kawan brader, http://ezrilakma.wordpress.com/ untuk mengubat rindu kepada belon panas.

















Secara keseluruhan, acara berjalan dengan cemerlang dan ribuan manusia membanjiri acara tersebut. Semoga acara ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang kerana faedahnya bukan sedikit. Lihatlah kepada peniaga-peniaga kecil yang memperolehi rezeki yang melimpah ruah pada hari tersebut. Sekian, wassalam.



1 comment: