06 April 2012

Pesta Buku Sentral 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Umum sedia maklum, banyak acara mahupun aktiviti yang berkaitan dengan buku diadakan untuk meningkatkan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia yang semakin merosot akhir-akhir ini. Tidak kira besar atau kecil acara yang dianjurkan, lazimnya peminat berpusu-pusu melihat buku-buku yang dipamerkan.

Pesta Buku Sentral 2012 telah dianjurkan pada 23-31 Mac 2012 yang lalu bertempat di aras 2, KL Sentral. Antara majalah, penerbit buku dan syarikat yang terlibat ialah PTS, E-Media, Cerdik, Jasmin Publications, MOY, Must Read, Galeri Ilmu, Darul Syakir, Sri Saujana Marketing, Farana Book Resources, Gempak Starz, Kaki Novel, Selvan Holdings dan banyak lagi.




Diharapkan pesta buku seperti ini diteruskan pada masa-masa mendatang. Masyarakat membaca adalah masyarakat berilmu.

No comments:

Post a Comment