07 April 2012

Sekitar Cat Show 1 Youth Carnival UiTM Shah Alam 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cat Show? Biar betul brader tengok cat show atau pertunjukan kucing. Bukan brader kaki autoshow (motorshow juga) ke? Benar, ada acara cat show tau. Acara ini sempena 1 Youth Carnival UiTM Shah Alam yang telah berlangsung pada 29-31 Mac 2012 yang lepas.

Karnival ini anjuran Kelab Technopreneur UiTM Shah Alam dengan kolaborasi bersama MASMED, Kelab Usahawan UiTM, Koperasi Siswa UiTM, Kolej Mawar UiTM, Pusat Kegiatan Pelajar UiTM dan ramai lagi. Acara cat show ini diadakan di dewan makan Kolej Mawar. Brader sebenarnya ingin menonton demo airbrush dan autoshow, tetapi hampa, demo airbrush dan autoshow dibatalkan pada saat-saat akhir. Tak dapat menonton autoshow, menonton cat show pun ok.














Siap boleh beli kucing-kucing yang dipamerkan, tapi harga ada yang sampai mencecah ribuan ringgit (sama harga motor kapcai 2nd hand). Peserta yang dijemput adalah dari Kelab Kucing Malaysia. Semoga cat show ini diteruskan kerana ia bukan sekadar pameran, ia memberikan tips dan cara penjagaan haiwan kesayangan yang bernama kucing.. Meoooowww...

No comments:

Post a Comment