28 April 2012

Keenakan Masakan Cina Muslim Al-Munawarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Ha, kali ni brader nak kongsikan dengan pembaca semua berkenaan sebuah restoran yang menyajikan masakan Cina di Seksyen 10 Shah Alam, Selangor. Restoran ini dimiliki oleh Ustaz Daud Lin dan brader mula ke sini sejak tahun 2010 kalau tak silap iaitu bila restoran ni keluar di surat khabar. 

Bagi yang teringin menikmati masakan Cina tetapi was-was dengan restoran yang ada, brader sarankan korang ke sini sebab kompem Ustaz Daud Lin ni muslim. Brader pun pernah bersua dengan owner restoran ni bahkan beliau tolong serve makanan sekali jika waktu puncak dan staf beliau menguruskan pesanan pelanggan. 

Masakan Cina seperti resepi Kong Bao, Kam Heong yang popular disajikan dalam bentuk menu berasaskan ayam, ketam dan makanan laut. Selain itu, menu itik panggang istimewa dan air minuman Luo Han Guo turut boleh didapati di restoran ini. Oh ya, lokasi restoran ini di belakang Hotel Concorde bersebelahan kawasan parkir. 







Semoga restoran ni terus maju dan Ustaz Daud Lin terus sukses. Buat para pembaca, bawalah rakan-rakan atau family korang ke sini. 

1 comment:

  1. Nanti singgahlah pula ke Restoran Adam Lai :)

    ReplyDelete