24 April 2012

Godaan Lontong Meru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Korang suka lontong tak? Brader percaya korang memang suka lontong. Macam-macam resepi lontong ni kan? Daripada yang tradisional hinggalah kepada resepi lontong yang lebih kontemporari dan moden. Apapun, lontong tetap lontong. 



Kalau yang tinggal di sekitar Meru, Klang tentu biasa dengan warung lontong ni kan? Terletak di persimpangan utama pekan Meru, di Jalan Hamzah Alang, di sebelah sekolah jenis kebangsaan Cina, lokasinya sedikit tersorok. Namun, bagi yang biasa itu bukanlah masalah utama. 


Brader dah biasa dengan warung ni sejak tahun 2009 masa jadi guru sandaran tidak terlatih dulu. Resepi lontongnya asli. Nasi yang digunakan bukanlah daripada ketupat segera tetapi buatan sendiri dan dibalut dengan daun. Brader suka lontong ayam warung ni berbanding lontong special yang ada sambal sotong.


Selain lontong sebagai menu utama, warung tersebut turut terkenal dengan nasi lemak dan roti canai. Pembuat roti canai ni memang ramah, pantang brader datang je mesti tanya brader ada pergi memancing ikan kat mana-mana ke. Kira dia selalu update dengan brader jugalah.



Last brader datang minggu lepas, brader sempat bisik kat tokeh warung untuk bukak lontong ni kat Shah Alam dan rupanya memang dalam perancangan beliau. Apapun, selamat maju jaya brader ucapkan. Lain kali kalau turun Meru lagi brader nak pau kawan brader, Ezril untuk lontong ayam barang sepinggan dua. Heee.. 

2 comments:

  1. sedapnye....lagi sedap kalau ada yg belanja..nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila ingatkan saya. InsyaAllah, boleh belanja..hehehe...

      Delete