06 April 2012

Seusai Hari Kraf Kebangsaan 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun ini, brader sempat berkunjung ke Hari Kraf Kebangsaan 2012, sudah menjangkau 10 tahun penganjuran acara yang berlangsung setiap tahun sebagai salah satu agenda nasional. Penganjuran tahun ini merupakan penganjuran yang paling besar dan meriah, sesuai dengan usia 10 tahun acara ini.

Kenapa Hari Kraf Kebangsaan ini dianjurkan? Sebenarnya, ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf negara serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Konsep 'Pop Art' ditampilkan sebagai salah satu kelainan dalam penganjuran kali ini. Manakala tema yang dipilih pada tahun ini ialah 'Kraf Penjana Ekonomi Rakyat' yang membawa maksud produk kraf bukan sahaja dapat digunakan untuk kegunaan harian malah ia boleh dijadikan satu perniagaan yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara, sekaligus dapat memakmurkan rakyat Malaysia.




















Dengan penganjuran Hari Kraf Kebangsaan sebagai acara tahunan, terbukti kraftangan kita adalah antara yang terbaik di dunia. Masakan tidak, pengunjung daripada luar negara memuji kraftangan kita. Jika mereka bangga dengan kraftangan kita, mengapa kita tidak boleh berasa bangga dan sayang kepada kraftangan warisan negara kita?

1 comment: